47

Beli rumah – Dah booking dan sign S&P tapi owner cancel

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni saya nak share sikit berkenaan dengan cancel atau pembatalan jual beli rumah oleh owner.Panduan ini adalah bagi mereka yg mungkin sedang menghadapi masalah ini atau sebagai peringatan bagi mereka yang baru nak beli rumah dari owner/subsale /rumah 2nd hand.

Ok.Katakan lah kita dah buat booking dan downpaymant lepas tu dah sign S&P pulak tu dan letter offer dengan bank pun dah sign.Jadi kalau terjadi macam ni apa tindakan yg kita boleh buat?

Kalau berlaku macam tu owner sendiri yg nak batalkan perjanjian jual beli, owner perlu pulangkan duit booking  + downpayment dan juga kita boleh minta kos-kos yg terlibat semasa dalam proses urusniaga jual-beli rumah tersebut.Contoh kos-kos lain adalah kos sign S&P dan kos2 lain yg dikenakan semasa urusan jual beli hartanah tersebut.

Untuk urusan macam ni minta owner buat pembatalan surat secara rasmi ( dah kita buat urusan jual beli pun secara rasmi ..jadi kalau nak batalkan pun kena la secara rasmi..betul tak? ) dan pada masa yang dapatkan nasihat lawyer yg kita appoint untuk S&P tadi tu.Sebab dalam S&P tu ada klaus2 yg melibatkan pembatalan untuk kedua-dua pihak penjual dan pembeli.Jadi nasihat saya sebelum sign S&P better check betul2 atau baca la sikit2 kandungan S&P tu supaya dalam S&P tu protect kita punya interest.Biar lambat asalkan selamat.

Sebab tu semua resit-resit dalam semua urusan yg dibuat dari booking sampai sign S&P tu kena simpan untuk kita buat tuntutan akibat dari pembatalan urusan jual beli rumah tu tadi.

Jangan lupa share artikel ni supaya dapat memberi manfaat kepada org lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Beli Rumah Tags: , , , ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

47 Responses to "Beli rumah – Dah booking dan sign S&P tapi owner cancel"

  1. wandisini says:

    maklumat yang sangat berguna untuk orang yang tak tahu apa-apa pasal jual beli rumah macam aku ni
    wandisini´s last blog post ..PPIM Seru Boikot Astro

    • dynn says:

      sama-sama kita kongsi untuk manfaat bersama.

      • Nomomekasih says:

        Salam bro,saya dah beli rumah sub sale dengan agent,da bayar booking dan sain S&P.Tapi saya lepas pandang rumah tu bersatus leasehold bukan freehold.Sya dah sain S&P dan sekarang tunggu loan Disbursement je.Tapi saya rasa tertipu oleh agent yg kata rumah tu freehold title.Bolehkah saya dapatkan balik booking fee saya semula dan tamatkan loan sya dengan bank?

  2. wan says:

    salam.. nak tanya … u ada experience tak yang kes pembeli cancel jual beli setelah sekian lama menunggu… penat lelah, masa, chance mendapat pembeli yang betul2 nak … saya punya kes perjanjian jual beli dah dibuat 4 bulan lepas, tup-tup tengah jalan pembeli cancel pembelian tu… dan saya pulak perlu membayar balik kesemua wang depositnya dahulu…

    kalaulah saya tahu pembatalan jual beli boleh dibuat sesenang macam tu.. dah lama saya bukak jugak jualan kepada pihak lain… dan bila dapat yang berjaya lengkapkan pembayaran saya cancellah yang lain.. tapi saya tak buat mcamtu sebab ingai snp mengikat saya dan deposit tu mengikat saya agar tidak membuka jualan kepada pihak lain… rupanya -rupanya tidak….

    • admin says:

      Saya pun penah kena mcm ni…cuma cuba check balik S&P kalau tak silap wan_zura boleh mengenakan penalti kpd buyer yg cancel tuh atas sebab penat lelah,masa dan sbrg kos yg wan_zura dah keluarkan.Macamana pun sabar jer la…mungkin tak de rezeki lagi…Insyallah nanti jumpa pembeli yg lebih bertanggungjawab.

  3. zill says:

    salam,

    saya nak bertanya harap bro dapat bantu, saya ada bayar booking fee utk satu rumah teres dgn satu agent, bila dah nak sign S&P tetiba dia cancel, katanya rumah bukan nama owner. saya pun x berapa faham apa yg di maksudkan.

    saya nak tanya, adakah saya akan dapat any surat pembatalan? sebab dia suruh saya pegi ambil duet tu dekat ofis dia. sedangkan bukan salah saya. takut pula kena tipu.

    apa patut saya buat?

    • admin says:

      rasanya tak de sebab dia dah bgtau pasal cancel tuh…dia pun dah suruh ambik duit tu balik kira bernasib baik dah tuh…resit pembayaran pun ada simpankan?

    • Hayati ahmad says:

      Tumpang lalu admin..

      Salam zill,

      Just nak share with you and all buyer @ seller.

      Zill dah sign SPA, so..the lawyer should explain to you. Berkenaan dengan bayaran booking, u boleh refer balik dengan letter offer yang you da sign dengan seller..surat pembatalan x perlu..sebab transaksi takkan berlaku tanpa S&P. Just you have to inform to the lawyer office yang S&P tu kena cancel.

      Kalau u ada pertanyaan berkenaan pembelian rumah pada masa hadapan u can also email me hayati.mnco@hotmail.com for free consultation.

      Minta maaf tuan tanah….sharing is caring…terima kasih….

  4. ohcikgu says:

    sakit hati gak kalau kena camni..
    ohcikgu´s last blog post ..Video Tutorial untuk Buat Coklat Strawberry

  5. juerodzi says:

    salam…saya jue dari carlton properties..sesiapa yg berminat untuk membeli rumah,silala berhubung dgn saya di juerodzi@yahoo.com

    Deposit:RM0 semasa menandatangani perjanjian jual beli
    Pinjaman 100% untuk pembeli yg layak
    Rumah telah siap oc/cf
    Bayaran ansuran serendah kadar sewa
    tanpa komisen broker
    bantuan pengeluaran kwsp.

  6. jijoi says:

    assalam, saya nak tanya bro semua, last month saya ada beli condo & bayar booking fee RM3000.00 at last
    owner tu bagitahu die tak jadi jual sebab die ada masalah kewangan ,punyerla bengang & sakit hati bcoz I dah apply about 5-6 bank & one of the bank was approved tiba2 die kata tak jadi I dah lepaskan banyak property sebab I dah ambik condo ni rugi..rugi… I mintak pandangan dari bro semua boleh tak I ambil tindakan undang2 just nak tanya… bcoz rasa susah sikit sebab SnP belum sign lagi… any way pls advise me…presure..preasure….tension…pening……pening.

  7. hazi says:

    salam,
    saya dah sain S&P utk jual rumah. Masalahnya pembeli smpi skrg tak dpt loan approval dari bank,
    kalau dah tamat tempoh, dia masih tak dpt loan, boleh tak saya terminate jual beli ni?
    dan adakah saya perlu pulangkan 10% deposit yg dibayar pd saya??

    • admin says:

      bincang elok2 dengan pembeli…kalau sekian2 tarikh dia tak dapat approval minta sama2 untuk terminate S&P tuh..tentang 10% tu kalau saya..saya akan pulangkan…bukan hak kita pun.

  8. kabie says:

    Salam, saya hendak mendapatkan pandangan;
    1) Saya dlm proses penjualan sebuah apartment kepada seorang pembeli melalui agen.
    2) Oleh kerana masalah dokumentasi di pihak developer , kesilapan number unit di strate title dan kena membuat pembetulan , proses jual beli ini telah berlanjutan menjangkau 1 tahun.
    3) Saya mula merasa penat dan fed-up, kerana banyak masa saya membazir utk menguruskan hal jualan sehingga saya rasa saya sudah tawar hati untuk menjual apartment tersebut. Tambahan lagi, peguam yg menguruskan urusan ini memberi jangkaan kasar urusan ini akan mengambil masa setahun lagi!
    4) Kerana penjualan apartment ini dibuat melalui agen, saya ada menandatangani Letter of Offer yang disediakan oleh agen, dan ditandatangani bersama dengan pembeli. Letter of Offer ini menetapkan harga jual beli yang dipersetujui dan yuran agen yang harus dibayar (3% dari harga jualan).
    5) Disebabkan masalah yang saya nyatakan di atas, Perjanjian Jual Beli (S&P) masih belum saya tandatangani sampai sekarang, cuma Letter of Offer dari Agen.
    6) Soalan, apakah penalti yg akan saya hadapi jika saya ingin membatalkan jual beli ini?
    Terima kasih

  9. zulmajdi says:

    Admin, kes saya berlainan sikit. Saya adalah seorang pembeli. Saya belum menandatangani S&P (walaupun didesak oleh pihak guaman dan pihak pemaju utk sign S&P tersebut). Ini disebabkan permohonan pembiayaan saya masih belum diluluskan. Salah satu telah maklumkan bahawa permohonan saya gagal. Namun pihak pemaju katakan duit booking saya tetap lebur walaupun loan saya gagal (bermakna bukan pihak saya yang bertindak 'cancelkan' pembelian tersebut). Saya tahu saya layak dapat balik duit booking saya tu. Harap sudi bagi penjelasan.

    • admin says:

      Yeap..saya mempunyai pendapat yg sama..kalau loan tak lulus..pembeli boleh mintak duit booking…walaubagaimanapun cuba baca balik term2…mungkin ianya hanya valid dalam tempoh masa yang tertentu..selepas satu tempoh tiada pemulangan duit booking akan dibuat.

  10. Saudara says:

    Salam. Saya ingin mohon bertanya pada yg pakar. Saya pernah berhasrat nak beli satu condo di KL. Ini adalah pengalaman pertama kami nk beli rumah. Setelah berbincang dgn owner, saya n isteri setuju untuk membeli. Mmandangkan rumah tu dijual pada harga tinggi skit dari harga pasaran (yg ditentukan oleh bank), saya telah berbincang pada si company valuer supaya letakkan market value rumah tu tinggi skit supaya saya dpt loan dgn value yg ngam2 dengan harga condo tu. Kemudian sampai masa nk sign S&P. Si lawyer pulak buat2 nak rushing xde pun nak explain do's n dont's atau bagi peringatan skit2 tentang S&P ni. Katanya kononnya saya nanti xfaham pun legal2 terms.
    Saya dan isteri ada bertanya kepada si lawyer ni bolehkah S&P ni dibatalkan walaupun selepas ditandatangan oleh pembeli atas sebab2 tertentu? Kata si lawyer tu, boleh, kerana wang 10% deposit masih belum ke tangan penjual. Saya dan isteri yg cetek pengalaman pun sign la S&P tu. 
    Kemudian 2 hari lepas tu ada Annual General Meeting di condo berkenaan dan saya pun hadir (walaupun xduduk rumah tu pun lagi). Sungguh kecewa saya apabila condo tersebut ada masalah2 keretakan di dinding yang tidak dapat diselesaikan oleh pemaju secara bertanggungjawab. Byk juga pandangan2 yang mengatakan bahawa keretakan itu membahayakan dan ada juga cakap tak bahaya pun. Jadi saya menganggap ini satu risiko keselamatan jangka panjang jika beli condo ni. Akhirnya malam tu saya discuss dgn isteri, kami buat keputusan untuk membatalkan urusniaga ni. Dan malangnya si lawyer tadi tidak membantu walaupun dia memberi jawapan yg membuatkan saya lega untuk sign S&P tu sebelum ni seperti yg dinyatakan di atas.
    Apa pandangan tuan2 pakar berkenaan pemasalahan saya di atas? Saya batalkan beli rumah tu sesudah sign S&P tetapi dengan alasan kukuh iaitu keselamatan (HSE) jangka panjang. Adakah apa2 perlindungan yg terkandung dalam undang2 atau S&P untuk pembeli (yg frust tetapi xnak amik risiko bahaya anak isteri) seperti saya ini? Kini perkara ini ntah mcmana didiamkan dan dh menjangkau lebih 6 bulan. Mohon nasihat. Terima kasih.
    Hidup Keadilan Sejagat!

    • admin says:

      apa maksud tak membantu tu yer…setahu saya saudara boleh cancel S&P tapi sebarang kos ditanggung oleh penjual sepanjang proses jual-beli ini boleh dikenakan kepada saudara.Jadi baik bincang dengan lawyer tersebut..kira berapa kos yang perlu saudara tanggung kalau nak proceed untuk cancel..tapi jgn tunggu lama2 sebab bila masuk proses seterusnya mungkin melibatkan lagi banyak kos.

  11. Saudara says:

    Salam Tuan Admin. Begini, setelah saya dan isteri buat keputusan untuk membatalkan proses pembelian (bagaimanapun S&P telah di'sign'), saya terus buat surat berkenaan hasrat kami untuk membatalkan proses pembelian kepada bank (untuk batalkan loan), dan juga kepada lawyer tu atas nama legal firmnya. Malah surat pembatalan saya dah dijawab oleh company lawyer berkenaan yg juga telah tolong memaklumkan kepada bank dan si owner (seller) tentang pembatalan ini sbb ada catatan 's/k' tertera pada surat.
    Berkenaan dengan maksud 'tak membantu' ialah apabila saya cakap dgn lawyer hasrat kami untuk batalkan pembelian melalui phone call (sebab saya outstation masa tu) dan mengatakan bahawa dia pernah cakap kalau nak batalkan S&P (yg dah ditandatangan oleh pembeli iaitu saya) ia sebenarnya masih dibolehkan memandangkan duit baki deposit 10% tu masih belum diberi oleh lawyer kepada owner / seller. In fact, duit baki deposit 10% tu pun masih belum diberi kepada lawyer sebagai org tgh. Tapi malangnya si lawyer dah xnak mengakui pulak yg dia ada cakap sedemikian kepada saya dan isteri pada malam kami jumpa dia yg tergesa2 suruh kami sign S&P tanpa peringatan ataupun briefing tentang hal ehwal menandatangani S&P ni. Atas sebab kejadian ini, saya berpendapat si lawyer tidak begitu membantu dalam hal saya ni. Walaubagaimanapun, setakat ini tiada pula apa2 caj yang dikenakan lagi pada saya oleh company lawyer untuk hal2 S&P berkenaan.
    Cuma yang saya prihatin ialah adakah saya dilindungi oleh apa2 undang2 hartanah atau clause2 dlm S&P tu memandangkan si owner / seller tu (yg selama berbulan2 ni diam aje) tetiba cuba untuk menuntut baki 10% dia pada saya atas alasan saya dah sign S&P. Sedangkan faktor pembatalan saya adalah kerana keselamatan jangka panjang sbb condo tersebut ada masalah keretakan dinding, masalah jenayah pecah rumah dan curi kereta, masalah kejiranan sbb ramai sgt warga asing dsb yg sehigga ke masa saya menulis pada Tuan Admin ni, pejabat pengurusan dan pemaju masih gagal selesaikannya. Dan segala surat menyurat, dokumen2 dan bukti2 pembatalan ada dalam simpanan saya.
    Mohon Bantuan Nasihat. Terima kasih Tuan Admin.
    Hidup Keadilan Sejagat!  

  12. zul says:

    salam bro.. nak tanye berkenaan jual beli rumah lelong..
    1)boleh ke owner batal penjualan rumah selepas pengeluaran acc 2 approved? means semua snp dgn yg lain2 tu dah settle.
    2)then boleh ke as any terms selepas pengeluaran acc2 untuk pembelian rumah lelong dibatalkan?

  13. azri says:

    Salam. Kes saya pulak terbalik. Saya pembeli, dah 4 bulan lepas sign S&P dan bayar 10% melalui peguam. Tunggu punya tunggu tak jalan2 jugak. Kunci pun tak dapat lagi. Kalau saya yang nak cancel sebab nak cari rumah lain, adakah saya boleh dapat 10% tu balik? Apa penalti yang saya kena bayar?

  14. suhaimi says:

    assalamualaikum,bagaimana cara saya nak membatalkan jualan rumah jika snp dah ditandatangani.t.ksh

  15. patrick says:

    Hello, sy nak nasihat dari mana2 pihak dan minta bantu.
    Sy ada sebuah rumah yg nak di jual masalanya begini.
    1.Sy mengunakan agent untuk mencari pembeli dan telah pun dapat mencari pembeli (1st buyer) dan segala bank loan(full loan), S&P pun telah siap disediakan dan telah pun di sign oleh pembeli dan saya sendiri (cuma tak ada deposit d kenakan atas kesilapan saya mempersetujuinya)
    Tapi masa yg sama saya pun dengan sendirinya mencari pembeli lain (2nd buyer) juga yang sebenarnya jiran sebelah yg sangat berminat utk membelinya serta telah membayar deposit RM1000 sebagai booking dan kami telh telah mebuat perjanjian sendiri seperti "i) Sekiranya ada pembeli lain dapat Loan approval terlebih dulu maka deposit RMM1000 akan di kembalikan". "ii) Tempoh 3 bulan di berikan untuk mencari bank loan dan kalau gagal maka hanya separuh deposit (RM500) sahaja yang akan di kembalikan" Namun bank loan dia hanya di luluskan setelah saya tandatangani Legal contract (S&P) dengan pembeli yg di cari oleh Agen saya tu.
    Saya akui bahawa saya tidak inform 2nd buyer itu tentang tandatangan S&P itu terlebih awal (no real time informing) sebelum loan 2nd buyer d luluskan.
     Soalannya, 
    A) Saya sendiri ingin batalkan contract S&P saya dengan 1st buyer walaupun dah tahu kami dah signed. Apakah tindakan-tindakan 1st buyer dana AGENT boleh kenakan pada saya selain dari saya terpaksa membayar penlti S&P?
    B) 2nd buyer menyatakan hasratnya untuk ambil tindakan undang2 dan mungkin akan kenakan gantirugi yg maksima terhadap saya (bersertakan deposit refund) atas sebab perjanjian TEMPOH yg ditetapkan untuk mencari bank approval belum berakhir lagi dan juga sebab saya tidak memberitahu tentang 1st buyer punya urusan dan agreement lebih awal.
    Saya dalam dilema sebab 2nd buyer seriously mau beli cuma loan mereka baru beberapa hr yang laulu approve berbanding 1st buyer yg sudah lama approve.
    Terima Kasih ..Mohon nasihat dari yg expert.

  16. faiz says:

    salam, sy dah sign snp, loan agreement. dan dah byr deposit…tapi owner smp skrg tak bg lawyer latest cukai pintu dan bil sepatutnya n nak mintak transfer name n dptkan consent ms- delay..apa sy perlu buat…owner sgt susah nak deal..dh dpt 10% trus senyap….
    .

  17. sya says:

    Salam,
     
    Saya nak tanya…saya dalam proses beli umah…
    1. Booking dah bayar 5%
    2. loan dah lulus dan offer letter dah sign…(dah sign offer letter)
    3. saya dah appoint lawyer n snp (sekali)..(tp belum sign lagi)….dan owner pun ada lawyer sendiri…
    masalahnyer…
    owner tak mo dua lawyer… klo 2 lawyer dia kata tak jadi jual…saya x mo pakai lawyer dia…saya ajak owner pakai lawyer saya…
    contoh klo dia x mo pakai lawyer saya apa boleh saya buat….????

  18. ck2 says:

    Macam mana kalau owner cancel lepas tu tak nak bayar balik deposit and all fees…katanya tunggu jual rumah pada orang lain baru pulang deposit and all fees…tq

  19. harris says:

    tuan saya nak tanya case saya. Saya beli dari agent, saya dah bayar 3%, bila loan dah approve LO dah sign, bila nak sign S&P owner kata x nak jual pulak..soalan saya deposit 3% saya dapat balik ke x?

  20. jack says:

    saya inginkan batuan saudara2 sekalian
    saya telah membuat perjanjian jual beli ngan owner dan dah sign s&P dan dah dibayar 10% d/p.
    tetapi malangnya, setelah semua urusan selesai, bank pun dah luluskan loan, rumah yang hendak dibeli itu akan dilelong oleh bank. so apa pandangan saudara tentang maslah saya.kemana arah tuju sy untuk menuntuk kembali 10% yang telah dibayar berserta kos2 guaman dan selainnya. sy telah menelefon tribunal tuntutan, tetapi malangnya mereka tidak dapat membantu.adakah saya perlu melantik peguam dan membawa kes ini ke mahkamah. tolong bantu saya, dah buntu memikirkan hal ini…. ini email saya blok2k_sprinta@yahoo.com kalo anda mempunyai sebarang cadangan….

  21. aida says:

    Assalammualaikum..
    Boleh saya tahu bagaimana cara untuk membatalkan S&P dari pihak pembeli?, dengan status pinjaman masih menunggu kelulusan. Kami bercadang untuk membeli rumah di kawasan lain. Terima kasih

  22. Nurhayati says:

    Salam , saya bertujauan membeli rumah harga 267k dari agent. Rumah dah siap dan ada penyewa. Owner rumah orang cina manakala nama pemilik rumah pada grant adalah orang melayu (ali baba). Agent telah rekomen seorang pegeum utk urusan jualbeli. Saya setuju. S&P dah signed pd 14 Dec 2012 diantar saya dan 'alibaba "  . Loan kerajaan dah lulus. MOT (borang 14A) belum sign. Lawyer keluarkan dua bil . SnP – 6k , dan bil loan kerajaan – 2.8k. Agent janji akan serahkan rumah dalam keadaan baik seperti baru dan akan memberi jaminan selama 1 tahun. Masalahnya sekarang dalam SnP hanya menyatakan " the Purchaser agree to purchase the said property on as is where is basis, subject to the Inventory List attached at Fourth Schedule.  Dalam SnP Forth Schedule tak ada (jadi inventory list pun tak ada).
    Dalam SnP juga ada Klausa "Event of Default by Purchaser' – In the the Purchaser failing to pay  the said balance in accordance with Clause 2 hereinafter or in breach of any his obligations herementioned. the Vendor shall be entitled to forfeit a sum of RM 26,700. only as agreed LD.
    Situasi sekarang:
    1. saya baru bayar RM1K.
     2. Kalau saya nak batalkan pembelian tersebut apakah risikonya. Berapa kos yang perlu saya tanggung. 
    3. Adakah SnP valid walaupun telah ditandatangani antara saya dan "alibaba " tersebut kerana Fourth Schedule tidak disertakan. 
    4. Saya rasa kos peguam terlalu tinggi. Belum negotiate. Pada kebiasaan berapakah kos guaman?.
    5. Sekiranya pembatalan menyebabkan kos yang perlu saya tanggung tinggi. Boleh kah saya lantik peguam lain dan masukkan klausa tambahan yang lebih mengguntungkan saya e.g rumah perlu diserah dalm keadaan baik "seperti baru" dan jaminan setahun diberikan .Keadaan dalaman rumah saya tak tengok lagi sebab ada penyewa.
    Mohon pencerahan. Terima kasih  

  23. SALINA says:

    Assalamualaikum. saya nk tya, sebagai pembeli rumah. saya dah sign s& p dan nak cancel. plannya akan beli jugak rumah pd pemaju yg sama tapi rumah yang lain. apakan nasihat utk saya. Jazakallah.

  24. wan says:

    salam tuan, saya dsalam proses membeli rumah. saya telah dapan pinjaman dr RHB dan juga telah sign loan aggrement dengan lawyer bank, boleh ke saya batalkan pinjaman tersebut atas sebab2 tertentu? dah bagaimana dengan lawyer? adakah saya perlu membayar apa2 kepada pihak bank? kos guaman, adakah sepenuhnya kena bayar? thanks…

  25. assalam tn.maaf krn mganggu tn.nk tnya ckt saya ada beli rumah org.saya telah mendapat pinjaman bank dn telah sign snp dn doa.deposit 10% telah saya byr kpd penjual.lawyer saya menjanjikan 3+1 akan selesai semua.namun sdh 4 bln berlalu tidak ada penyelesaian.masalahnya skg penjual dh tk nk jual ngn saya dgn alasan dh tamat perjanjian.soalan saya tuan adakah dposit tu boleh saya tuntut dn jika penjual ingkar apakah tindakan yg perlu saya lakukan.?mohon pandangan tuan.trima kasih

    • admin says:

      tuan kena check dengan lawyer tuan kenapa masih tak selesai transfer onwership…sekiranya penjual masih nak batalkan perjanjian mintak balik deposit tuan…apa2 tuan kena melalui lawyer.

  26. boy says:

    Saya telah booking rumah melalui agent,sy memohon loan tetapi dapt loan dari bank 75% sj ,silap sy sdh sign offer letter bank dan s&p ,tapi sy tk bayar wang deposit 10% ,perjanjian sy bayar dari wang epf, pasal kesulitan wang sy tk mampu nk cari wang bakinya sebab loan dapat rendah dan meminta lawyer utk cancel kan s&p ,saya sudah bayar utk lawyer utk cancel bila lawyer tulis surat kepada lawyer penjual dia tidak mau terima dia hendak juga wang 10% dari sy walaupun i tk beli rumah itu,Patut kah sy kena bayar 10% itu walaupun sy tk mampu membayar wang baki rumahnya.

  27. Emellia Md Dazali says:

    Salam.dgn rendah diri sy mohon ehsan utk tuan memberi buah fikiran bg masalah ini.
    -3%dah byr
    -snp dah sign on july
    -loan dah lulus
    -7% dah byr
    -bnk x boleh lepas loan krn vendor bankrupcy.
    Mmg brminat utk beli rumah itu,lawyer bg jln :sya tlog bebaskn vendor dr bnkrupcy (rm78k total)
    sy sanggup tp nasihat kwn menakutkn sy..tidak ada jln lainkah utk sy dptkn rumah itu wlaupun vendor bankrupcy?sy difhmkan boleh dgn kbnaran insolvensi negara..benarkah tuan?klu benar bgaimana prosesnya?
    Bnk lg mnyulitkn..mrk x mahu mngeluarkan statement jumlah hutang vendor atas alasan tidak boleh dikeluarkn ke atas org yg bankrup..istilah statement itu sy x ingat..
    smuanya brpunca dr lawyer yg x membuat searh bankrupcy..sy teraniaya..apa risiko jika sya cancel kn pembelian..sy yakin sy berhak utk dikembalikan stiap sen yg telah dikeluarkn..bolehkah sya sue firma trsebut yg sah2 cuai dgn rukun jual beli..mohon nasihat..sy benar2 buntu t.k

  28. Aida Ahmad says:

    Salam admin…masalah saya ialah sya da sain spa n menerima deposit 5k s dr agent pertama selpas tu ad agent lain ,menawarkan deposit 10% ..tetapi saya da bagth agent ke2 sy tlh sain spa dgn agent pertama tetapi agent ke 2 kata xpe boleh dibatalkn dgn kos lbhkrg 500 n pulngkn semula deposit.dan sy pon sain spa y ke 2 n menerima deposit 10k..dan dlm masa y sama agent ke 2 mengajar sya membuat surat pmbatalan n memulangkan 5k deposit pertama..tetapi belum sempat sy menyediakn surat n memulangkn deposit agent ke 2 telah membuat kaveat..jadi sekarang sy da rasa dipermainkn sbb xd pengalaman n mcm tlh dipermainkan oleh agen ke 2..jadi sy nak tahu bagaimana saya nk kancelkan kaveat persendirian itu.

  29. Abu hasan says:

    Salam tuan,

    Nk mintak pandangan sikit. Saya dah beli rumah dari pemaju dan dah byr deposit rm3k. Offer letter bank dah sign, snp pon dah sign dan stamping. Cuma belum selesaikan baki d/payment 7% dan juga belum sign agreement dgn lawyer. Tapi tiba2 saya dpt peluang nk beli tanah dan nk cancel pembelian rumah tersebut. Bagaimana ye? Adakah saya boleh dikenakan tindakan? Berapakah kerugian saya?

    Terima kasih.

  30. Liza says:

    Slm. Sy punya kes pula. Sy ingin beli rumah yg dah siap 5 tahun & dah ada owner melalui agen 1 syarikat yg dilantik oleh owner. Sy dah sign form utk booking fee & dah bg booking fee melalui cek. Kemudian sy rasa x sedap hati sbb dlm form booking fee tu ada menyatakan yg klu loan sy gagal disbb kan oleh criss atau ctos, booking fee sy akan hangus. Sbb sy pun ada pernah lewat byr pinjaman2 ln. Jd sy ambil jln pintas batal cek tu kat bank tanpa bagitau agen. Selepas agen tau sy batalkan cek. Agen mtk sy bankin semula cek & mengugut sy jika tidak sy akan disaman oleh pihak owner rumah sendiri. Benarkah sy boleh disaman sedangkan sy x summit apa2 loan lg kat bank. Sy cuma sign booking fee saja. Hrp en dpt membantu sy. Sy pertama kali ingin membeli rumah & kurang pengetahuan dlm jual beli rumah.

    • admin says:

      salam pn liza…berdasarkan info yg puan sharekan disini..ape yg saya boleh jawab adalah puan tak perlu risau kalau puan belum sign S&P.Cuma sya nasihatkan puan bagitau agen yg puan tak jadi beli rumah tersebut…bagi la reason yg munasabah.Dah kita tak boleh nak proceed kenapa owner nak saman pulak.Kadang2 agen je yg lebih2.

      Jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran.Bagi memudahkan urusan pembelian puan untuk masa akan datang.. sebelum mencari2 rumah untuk dibeli pastikan check dulu dengan bank kelayakan pinjaman.

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG