2

Belajar berfikir secara positif..Positive Thinking

 

 

fikirpositifApa itu berfikiran secara positif? Berfikir positif dalam bahasa mudahnya adalah bersangka baik. Dalam Islam sendiri kita disarankan supaya bersangka baik terhadap apa yg berlaku. Lawan kepada berfikir positif adalah berfikiran negatif.Apabila berfikir secara positif ia memberi kesan positif secara langsung kepada kita sendiri.Cuba anda bayangkan kalau kita asyik berfikiran negatif.Contoh ..susah lah…mana boleh.

Dari makna perkataan yang kita sebut itu menunjukkan kita tidak boleh nak buat sesuatu tindakan. Bila kata cakap susah lah, kita semacam dah setkan dalam minda kita perkara tersebut susah.Belum kita cuba dah cakap susah.Entah2 senang jer.Tapi siang2 lagi dah cakap susah.Jadi sampai keakhir bende tu pun jadi lah susah.Result dia pun jadi tak seberapa.

Saya masih ingat lagi masa belajar Add Math. Masa tu tingkatan 4.Kalau kita tanya org yg berfikiran negatif dia akan cakap…Uiiiiii kau nak ambik Add Math? Susah la Add Math. Bila dah lalui semua tu, tak susah mana pun.Sebenarnya yg menyebabkan susah sebab awal-awal lagi kita dah terapkan perkataan susah.Kalau yer pun susah sepatutnya kita kena lebihkan lagi usaha.Mudah-mudahan kita dapat atasi apa yg susah tu.

Satu lagi masa saya belajar dekat U dulu.Masa tu ada satu subject tu nama dia Intermediate Accounting.Subjek ni compulsary walaupun bagi diorang yang tak major accounting. Jadi bila jumpa senior-senior tu, adalah bunyi-bunyi yang kata Intermediate Accounting ni susah.Alhamdulillah bila saya sendiri ambik paper ni ok pulak.Jadi bila saya tengok balik sebenarnya diorang yg cakap susah ni sebab tak letak usaha dan siang2 lagi dah cakap susah.Terlalu berfikiran negatif dari keputusannya pun negatif.

Jadi saya yakin korang pun penah alami perkara macam nie baik dialam sebagai pelajar mahupun bila dah kerja.

Terlalu berfikiran negatif boleh juga jadi kita tension dan silap2 boleh menyebabkan kita stress.Tu sebab bila kita turun musibah kepada diri kita, kita disarankan supaya menanggapnya sebagai ujian supaya kita ingat kepada-Nya dan baiki kekurangan yg ada.Cuba bayangkan apabila satu kesusahan menimpa kita, kemudian kita maki-hamun tak tentu arah atau habis org yg berdekatan dengan kita kena marah.Bukan ke lagi buat kita tension dan lagi stress.

Jadi cuba la kita belajar berfikiran positif.Bisikanlah perkataan positif pada diri anda.Supaya ia trigger otak kita untuk sentiasa berfikir positif.

                “

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: News, Umum

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

2 Responses to "Belajar berfikir secara positif..Positive Thinking"

  1. rozi bte adol says:

    hye..
    sy ada mslh, sy slalu bfkir scra ngtive ttg bkal 2nag sy.sy ssh nk pcya dia..knpa?

  2. dynn says:

    cara yg terbaik adalah bawak berbincang dan nyatakan segala fikiran negatif yg rozi rasa tuh..kengkadang kita rasa jer macam tuh tapi hakikatnya mungkin lain…bila terlalu banyak rasa2 akan menyusahkan diri.

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG