0

Balik kg sempena cuti raya

Baru jer  sampai balik dari kampung sempena cuti raya Aidiladha.Aku balik ke kampung lepas solat raya hari Jumaat tuh.Sampai kampung dalam 12:30tghari…sempat la jugak solat Jumaat.

Ok la jugak dapt balik kg…bukan senang raya haji cuti sampai 3 hari mcm nie.So dapat la menenangkan fikiran kat kg sambil2 keluar peluh mengerjakan tanaman2 yg ada kat kg tuh.Time ni lah nak keluarkan peluh..baru la sihat.

Raya ke-2, kitorang pegi Melaka.Saja nak pegi main bowling dekat MITC Bowl, dekat ngan Melaka Sentral..saja test lane.World Cup Bowling baru jer habis 20hb Nov. 2009…diorang main kat situlah. Tempat bowling dia memang lain sikit dari tempat bowling yg aku penah pegi main sebelum2 nie. Dia buat depan belakang …tengah2 tempat penonton …satu tempat ada 26 lane.So semua ada 52 lane.Memang ramai giler masa tuh…kebanyakan famili jer ..mungkin diorng ambik masa cuti bersantai sambil main bowling.

Nasib baik kitorang dapat gak main..walaupun que agak panjang jugak.Bagi aku ok lane kat situ..maklumlah lane baru.House ball pun baru…baling pun best.Yang tak best kasut dia mcm dah lama.Nak kata lama baru jer bukak tempat bowling nie.

Lepas habis main bowling kitorang terus balik kg…masa tu dah kul 7:15mlm…perjalanan ke kampung kitorang dalam 1 jam camtu.Sampai kampung terus cari makanan….lapar giler masa tuh.Tu jer la serba sedikit aktiviti time cuti nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed in: News, Umum Tags: 

Get Updates

Share This Post

Related Posts

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG