0

ASB Umum Agihan Pendapatan 7.70 sen/seunit dan BONUS 1 sen/seunit

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70
sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2013.
Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM9.38
bilion, iaitu peningkatan sebanyak 17.4% berbanding dengan RM7.99 bilion yang dibayar pada
tahun 2012.
Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM706.88 juta, iaitu
peningkatan sebanyak 3.84% berbanding dengan RM680.73 juta yang dibayar pada tahun
2012 oleh PNB.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat
kepada 8.26 juta pemegang unit yang melanggan 127.2 bilion unit ASB.
Jumlah pendapatan kasar ASB pada 31 Disember 2013 dijangkakan sebanyak RM9.92 bilion.
Pendapatan dividen yang diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang
sebanyak RM4.41 bilion atau 44.5% daripada keseluruhan pendapatan kasar, manakala
pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang sebanyak RM4 bilion atau
40.3%. Selebihnya, iaitu RM1.51 bilion atau 15.2% adalah daripada lain-lain pendapatan.
Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum
bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31
Disember 2013. Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan
minimum bulanan bagi tempoh 10 tahun dari tahun 2004 sehingga tahun 2013.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara
automatik ke dalam akaun para pemegang unit. Para pemegang unit boleh mengemaskinikan
buku pelaburan ASB masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di
seluruh negara mulai 2 Januari 2014. Sumber – Portal ASB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed in: Pelaburan Tags: , ,

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG