0

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) – Untung ke Rugi ?

Sebenarnya dah lama nak post entry pasal Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ni.Ini adalah kesinambungan dari Belanjawan 2011 yg ada bagitau pasal pelancaran AHB.Jadi pada 29hb November 2010 AHB telah dilancarkan dengan rasminya.

Sebelum tu apa itu Amanah Hartanah Bumiputera.

Amanah Hartanah Bumiputera adalah dana saham amanah bersaiz 1 billion yg melabur didalam hartanah komersial yg bernilai tinggi seperti bangunan pejabat, pusat beli-belah , pusat komersial, logistik dan komplek industri di Segitiga Emas.AHB adalah pelaburan yg berlandaskan syariah.

Macamana nak melabur dalam AHB?

Pelaburan AHB terbuka kepada bumiputera yg berumur 3 tahun keatas dengan pelaburan minima RM500 (RM1 seunit).Tambahan pelaburan berikutnya adalah RM100.

Had maksima adalah RM200,000 sama macam pelaburan  ASB.

Dekat mana boleh buka buku pelaburan AHB?

Boleh pergi keseluruh cawangan Maybank yg berdekatan.

Berapa dividen atau pulangan AHB setahun?

Pulangan atau dividen AHB berdasarkan seperti pelaburan-pelaburan lain yg berdasarkan prestasi hartanah masing-masing.

Pada pendapat saya melabur dalam AHB adalah salah satu instrumen yg ada dipasaran yang di kendalikan oleh PNB yang mana merupakan institusi pelaburan yg mempunyai prestasi yg membanggakan dalam mengurus dana unit amanah.Walaupun baru pulangan dijangkkan tidak kurang dari 6% setahun.Not bad la kan kalau compare dengan Fixed Deposit.Jadi keputusan untuk melabur adalah ditangan anda.

Makluman : Sebelum membuat keputusan untuk melabur didalam pelaburan ini, anda dinasihatkan membaca prospektus AHB.Informasi yg ada disini adalah untuk perkongsian ilmu sahaja bukan untuk memberi nasihat pelaburan.Segala kerugian adalah tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: AHB, Amanah Saham, News, Pelaburan Saham, Umum Tags: , , , , ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG