0

7,113 diundi mohon PR1MA

Proses undian PR1MA akan bermula bagi projek perumahan di Precint 11.

 

 

PUTRAJAYA: Tiada pintu belakang terhadap proses pemilihan permohonan rumah mampu milik fasa pertama Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11, di sini, malah keseluruhannya dipantau perunding juruaudit bertauliah, KPMG Business Advisory Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata setiap permohonan diberikan nombor sebelum disemak secara teliti melalui senarai utama yang dibahagikan kepada dua warna mengikut kategori.


Menurutnya, warna biru bagi pemohon belum mempunyai rumah membabitkan 5,943 pemohon atau 84 peratus manakala merah jambu bagi mereka yang memiliki sebuah rumah dengan 1,170 permohonan (16 peratus).

 

“Permohonan itu dimasukkan ke dalam kotak undi lutsinar sebelum dikunci dan dimasukkan di dalam bilik kebal serta diletakkan di bawah jagaan firma juruaudit berkenaan.


“Kotak itu akan dibuka esok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika proses mencabut undi dilakukan di Kompleks Kejiranan Presint 11,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Sebanyak 7,113 permohonan diterima sejak pendaftaran fasa pertama rumah mampu milik itu dibuka pada 30 September lalu, iaitu 13 kali ganda daripada jumlah rumah yang diperuntukkan 560 unit.

Sumber : Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Hartanah Tags: ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG