2

419.54 juta saham FGVH dapat sambutan

SEJUMLAH 419.54 juta saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang ditawarkan khusus untuk institusi Bumiputera dan pelabur yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malay-sia, mendapat sambutan sangat menggalakkan.

 

Sumber industri berkata, MITI menerima lebihan langganan keseluruhan sebanyak 17 kali bagi saham yang ditawarkan di bawah bahagian berkenaan.

 

“Penyenaraian FGVH sesuatu yang dinanti-nantikan pelabur kerana ia mempunyai prospek yang kukuh pada masa depan, sekali gus mampu memberi pulangan yang tinggi kepada pelabur. 



“Tawaran langganan menerusi MITI ditutup Jumaat lalu dan kementerian itu menerima sambutan menggalakkan daripada pelabur dengan kadar lebihan langganan sehingga 17 kali,” katanya. 



Sempena penyenaraiannya, FGVH membuat tawaran awam permulaan (IPO) berjumlah 2.19 bilion saham, yang difahamkan adalah IPO yang terbesar di Asia tahun ini. 



Mengikut draf prospektus IPO yang dikemukakannya kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC), daripada jumlah itu, sebanyak 1.92 bilion saham yang mewakili 52.5 peratus modal terbitan dan berbayarnya yang diperbesarkan akan ditawarkan untuk langganan pelabur institusi, manakala 273.61 juta saham atau 7.5 peratus lagi akan ditawarkan kepada pelabur awam. 

Bagi tawaran kepada pelabur institusi itu, sebanyak 1.5 bilion saham akan diperuntukkan untuk langganan pelabur institusi dan pelabur terpilih Malaysia dan asing, manakala 419.54 juta saham diperuntukkan untuk institusi Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 



Daripada sejumlah 273.61 juta yang akan ditawarkan untuk langganan pelabur awam pula, 200.65 juta saham akan diperuntukkan untuk peneroka FELDA, kakitangan FELDA yang layak serta individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan syarikat itu, manakala 72.96 juta saham lagi kepada orang awam Malaysia. 



Apabila disenaraikan, FGVH yang kini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan menerusi FELDA dianggarkan bakal memiliki modal pasaran berjumlah RM18 bilion. 



Penyenaraian itu juga membolehkan FGVH mengumpul dana untuk mengembangkan perniagaan di pasaran tempatan dan antarabangsa. 



Sebelum ini terdapat laporan media mengatakan IPO FGVH itu turut mendapat sambutan menggalakkan daripada bakal pelabur Eropah dalam misi yang diketuai Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad di London baru-baru ini yang bertemu dengan pengurus dana Britain dalam usaha menarik pelabur Eropah melanggan saham syarikat itu. 



Selain London, Sabri dan kumpulannya juga mengunjungi bakal pelabur berpotensi di Hong Kong dan Singapura untuk objektif yang sama. 



Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, FGVH mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.01 bilion dengan pendapatan sebanyak RM7.47 bilion.

Sumber : Berita Harian Online

 

 

Penyenaraian yang dinanti-nantikan selepas beberapa tahun berehat untuk melabur dalam IPO.Last sekali dapat IPO Petronas Chemical.Lepas tu cuba masuk IPO Bum Armada tapi tak de rezeki.

Mintak-mintak untuk FGVH ni nanti boleh dapat.Bukan senang nak jumpa penyenaraian syarikat besar macam ni.Tapi competition mesti tinggi nih memandangkan hanya 72.96 juta sahaja untuk pelabur awam.Sesape yang belum ada akaun nak melabur dalam saham IPO nih boleh register cepat dengan broker saham yang berdekatan.

Lepas ni pulak dengar-dengar Astro nak disenaraikan semula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Pelaburan Tags: , , ,

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

2 Responses to "419.54 juta saham FGVH dapat sambutan"

  1. Juan says:

    saya sbnrnya sampai skrg x faham akan isu ni

  2. Denaihati says:

    askm. walaupun banyak isu yg dibangkitkan, rasanya lansung tak jejaskan sambutan dr pelabur.

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG