1

38,495 Jawatan Kosong Di Sektor Awam Sudah Diisi

PUTRAJAYA, 24 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak 38,495 pekerjaan daripada 50,000 jawatan kosong di sektor awam sudah diisi sejak Mac 2009 sehingga kini.

“Kerajaan juga telah mengambil sebanyak 11,131 orang sebagai pekerja kontrak,” kata beliau ketika mengumumkan prestasi ekonomi negara bagi suku keempat 2009 di sini.

Namun, Perdana Menteri berkata pengambilan pekerja kontrak perkhidmatan ini adalah disarankan supaya mencari pekerjaan tetap di pasaran pekerja setelah tamat tempoh kontrak.

Najib berkata kerajaan melalui agensi-agensinya dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan kerjasama sektor swasta telah mewujudkan sebanyak 100,000 peluang latihan dan pekerjaan. – Bernama

Sape yg dah ada keje tu bersyukur lah….ramai lagi yg kat luar sana tu yg masih tercari-cari untuk bekerja…ada yg terpaksa berhenti keje pun ade disebabkan kilang tutup sebab permintaan berkurang semasa ekonomi turun.Biarlah gaji kecil asalkan masih lagi boleh survive.Bila ada peluang  untuk dapat keje dengan gaji yg lagi baik cuba la nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed in: Jawatan Kosong, News Tags: ,

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

One Response to "38,495 Jawatan Kosong Di Sektor Awam Sudah Diisi"

  1. 2bz4money says:

    Pembayar cukai dibeban dgn menanggung pembiayaan gaji kakitangan kerajaan yg ramai. So, org gomen kejelah secara produktif dan amanah dalam menggunakan duit rakyat.
    .-= 2bz4money´s last blog ..Inflasi Naik.. Utiliti Naik? =-.

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG