Archive for February, 2010

Bengkel Pengurusan Kewangan Ambang Perkahwinan

Posted on the February 8th, 2010 under Financial Planning by dynn

Pengurusan kewangan berhemah merupakan antara kunci kepada kestabilan diri dan institusi keluarga.
Ramai yang gagal menguruskan kewangan mereka dengan bijak lalu mengalami pelbagai masalah di
kemudian hari seperti menanggung bebanan hutang yang banyak. Kebahagiaan di dalam kehidupan
berumahtangga sedikit sebanyak bergantung pada bagaimana menguruskan kewangan yang baik.
Bengkel ini dianjurkan khususnya untuk golongan muda yang baru menjalani kehidupan berumah tangga
atau bakal mendirikan rumahtangga. Pengurusan kewangan yang bijak di awal perkahwinan akan
banyak membantu mewujudkan kedamaian, keharmonian dan kerukunan rumah tangga agar
berkekalan.

Oleh itu IKIM akan mengadakan Bengkel Pengurusan Kewangan Ambang Perkahwinan seperti berikut :

  • Tarikh : 20 Februari 2010
  • Tempat : Dewan Besar IKIM
  • Masa : 8:30pagi – 4:30 ptg

Matlatmat program ini :

  • Memahami amalan-amalan berhemah dalam pengurusan kewangan;
  • Terdedah kepada kaedah penabungan yang berkesan; dan
  • Formula berhutang yang berhemah.

Siapa yang patut hadir ?

- bakal pengantin atau mereka yg baru mendirikan rumahtangga

Yuran penyertaan : RM 150.00 (individu), RM250.00 (berpasangan) dan RM125.00 seorang (berkumpulan).

Untuk pendaftaran sila lawat laman IKIM di www.ikim.gov.my.

Tips beli rumah dari pasaran kedua

Posted on the February 7th, 2010 under Hartanah, beli rumah by dynn

Membeli rumah melibatkan wang yang besar kalau silap pilihan boleh menyebabkan kerugian.Apa yg saya nak nak kongsi disini adalah membeli rumah yang sudah siap atau subsale.Oleh kerana saya telah pun melalui pengalaman pahit manis dalam jual beli rumah, disini ada beberapa langkah atau perhatian yg perlu diambil kira.


SEBELUM NAK BELI

1. Kemampuan membuat pinjaman
- tanya bank yg terdekat jumlah kelayakan pinjaman yg kita boleh pinjam
- ini mempercepatkan proses membuat pinjiman bila rumah dah ada
- dan untu mengelakkan duit booking hangus.

2. Target harga rumah
- kalau kita dah tau yang no. 1 diatas kita boleh target maksimum harga rumah yg kita nak beli

3. Kawasan perumahan yg hendak dibeli
- kalau kita dah tahu kawasan boleh la kita survey berapa average market value rumah disitu.
- harga rumah boleh check dalam surat khabar atau diinternet spt mudah.my,starproperty.my,iproperty.com.my
- jadi kita dapat elakkan dari kena tipu atau overprice.
- buat la survey ke kawasan rumah yg hendak dibeli..tengok jiran-jiran sekeliling

4. Dapatkan lawyer kita sendiri
- kalau boleh cari lawyer kita sendiri untuk buat S&P dan yang kita tau dia boleh buat kerja dengan cekap dan pantas
- biasanya kerja pemindahan nama mengambil masa 3-6 bulan, jadi nak kena selalu kerja2 follow-up
- kalau lawyer sambil lewa jer..alamat lambat la kita boleh duduk rumah tu

5. Direct deal dengan owner
- kalau boleh beli rumah direct deal dengan owner,kalau dengan agen kemungkinan harga dah naik sikit sebab nak cover agen punya komisen.
- lagi satu kalau direct dengan owner kita boleh dapat first hand info dan boleh bincang apa next plan kita…mungkin masa 3-6 bulan tukar nama tu kita boleh sewa dulu..boleh kawtim dengan owner
- kengkadang owner cakap lain ..agen cakap lain.

SEMASA BUAT DEAL
6. Semasa buat lawatan pastikan semuanya ok.Kalau ade yg bocor atau kecacatan confirmkan yg owner akan betulkan tau tidak.Ini salah satu faktor untuk kita deal price dengan owner.Kalau owner tak betulkan mungkin kita boleh minta kurangkan harga rumah tu.

7. Pastikan samada sebarang lekapan yg ada dlm rumah tu termasuk atau tidak.Contoh macam kabinet dapur,plaster ceiling,lampu2,kipas dan semua bende yg melekap dekat dinding tu.Mungkin time kita tengok semuanya ada.Bila time masuk nanti semua barang owner cabutkan.So make sure semua tu termasuk atau tidak.Ini mungkin akan mempengaruhi harga yg akan kita deal nanti.

8. Untuk booking dapatkan seminima yg boleh.Make sure mintak resit.Yang selebihnya kita bayar masa sign S&P.Make sure minta resit.Kalau ape2 hal terjadi kita ade bukti pembayaran.

Buat masa ni tu saja tips untuk beli rumah yg saya boleh kongsikan.Kalau ada yg tertinggal tolong la tambah.

Tips beli rumah lelong

Posted on the February 6th, 2010 under Hartanah, Rumah Lelong by dynn

Beli rumah lelong kalau silap langkah boleh merugikan kalau langkah-langkah awal tidak dibuat sebelum hari lelongan.Oleh itu disini dikongsikan tips untuk membeli rumah lelong bagi mengelakkan atau meminumumkan kesilapan :

1. Pergi buat survey rumah yang dilelong.
- pastikan rumah tersebut kosong atau kalau ade penghuni pastikan penghuni tersebut adalah penyewa.Jadi sekiranya sudah ada penyewa kita nanti senang tak payah cari penyewa.Suruh dia sambung jer sewa dengan kita.
- keadaan rumah tersebut munasabah sebab nanti tak payah nak buat banyak renovation.

2. Pastikan harga sekurang-kurangnya 10% dari harga pasaran
- lagi kurang dari harga pasaran lagi bagus.Lagi banyak kita buat untung.Tapi kalau nak duduk mungkin lain target dia.

3. Letak target setakat mana kita boleh bid
- bagi membolehkan kita tahu bila nak keluar dari lelongan sekiranya lebih dari harga yg dijangkakan.
- ini untuk memastikan harga lelongan tersebut adalah munasah untuk kita membuat keuntungan.

4. Kawasan tersebut mudah disewakan
- pastikan rumah yg kita lelong senang cari penyewa.
- kalau boleh dekat dengan kemudahan awam.

5. Check dengan bank berapa banyak pinjaman kita boleh buat
- ini untuk memastikan kita tak de masalah pinjaman tidak diluluskan.
- nanti duit deposit tidak di pulangkan.

6. Pastikan sewa bulanan lebih dari installment bulanan
- buat survey tentang sewa bulanan rumah tersebut
- boleh survey dekat internet dan surat kabar
- ini membolehkan kita mendapat +ve cash flow dari pelaburan rumah kita.

Tu jer buat masa nie.Kalau ada tolong tambah lagi.

Lagu Kelahiran – Adi Putra – OST Akukah Tanggang

Posted on the February 5th, 2010 under Hiburan, Lirik Lagu by dynn

Baru balik keje…sambil tengok citer Akukah Tanggang lakonan Adi Putra.Jom layan lagu Kelahiran dari Adi Putra.

Moral dia..jangan jadi mcm Tanggang.