Archive for January, 2010

Berjaya cabutan dari Power Root RM10k

Posted on the January 12th, 2010 under Umum by dynn

Anda telah berjaya cabutan dari Power Root Sdn Bhd wang sebanyak RM10K.Banyak tuh..dapat cabutan bertuah dengan minum tongkat ali Power Root.Tu la dia kalau org kabur dapat SMS kononnya anda menang cabutan bertuan mcam nie.

Sebenarnya aku nak citer skit pasal ofis mate aku ni cerita pasal kawan dia yg terima SMS ..menang RM10K cabutan Power Root.Yang bestnya dia kata kawan dia tu boleh percaya sebab org tu call bila nak bagi nombor akaun bank untuk diorang masukan RM10,000 tuh.Ade gak org yg lurus bendol camnie…tapi mungkin sebab dia ada hantar peraduan tu agaknya tapi dari bunyi SMS pun tak professional langsung.Meh aku taip semula ape yg ada dalam SMS tu.Kawan aku yg cerita ni pun dapat SMS yg sama…aku mintak dia forwardkan SMS tu untuk aku tulis kat sini.Jadi korang yg dapat SMS camni boleh pikir 10 kali.

TAHNIA SIM.CARD! ANDA TELAH BERJAYA Cabutan dari POWER ROOT SDN BHD WANG RM10,000.00 sila HB Office ditalian 014 866 2838 Terima Kasih.

So kalau korang dapat SMS macam ni rasa-rasa teruja tak?? Kalau aku tak teruja langsung.Sebab apa? Aku memang tak masuk pun peraduan minuman Power Root ni.Minum air dia tu ade la..tapi tak de la sampai masuk peraduan.

Jaga-jaga penipu-penipu mcm nie.

Skim Pinjaman ASB – Easy RHB

Posted on the January 12th, 2010 under Financing, Pelaburan by dynn

Semalam aku semasa pegi shopping sat dekat JayaJusco AU2 ternampak satu kedai Easy RHB.Jadi singgah la jap tengok apa spesel sangat pasal Easy RHB nie.Masuk-masuk ternampak koisk EPF.Aku try printkan aku punya EPF statement.Saje je sebenarnya padehal aku boleh guna online EPF.

Aku pegi la pulak dekat kaunter nampak brosure yg ade kat situ.Lepas tu datang mamat Easy RHB nie..dia datang nak citer pasal skim pinjaman untuk ASB .Dia kata boleh approve on the spot.Dia tanya aku sama aku ade bawak buku ASB tak tak. ..memang aku tak de bawak..aku sesaja jer nak masuk situ bukan plan pun….aku dengar jer la dia punya explaination.Dia kata 5 tahun pertama kita bayar faedah jer.Lepas tahun ke-5 kita boleh unsubscribe dan dapat untung lagi.Aku tak sempat nak tanya detail sebab wife aku dah tunggu nak pi makan.Kalau tak aku nak tengok dia punya calculation kalau aku invest RM200K…berapa aku boleh dapat untung lepas 5 tahun kalau aku unsubscribe pinjaman tu.

Credit card/debit card yg boleh verify paypal

Posted on the January 8th, 2010 under Credit Card, Paypal by dynn

Kepada pengguna paypal berikut adalah credit card/debit card bank yang boleh verify dan keluarkan duit paypal.

Kad yang boleh verify Paypal :

Kad kredit

# Affin Bank VISA
# Alliance Bank VISA
# HSBC VISA
# Public Bank VISA & Mastercard

Debit Kad

1. Al Rajhi Bank VISA Debit
2. Maybank Debit Visa Card
3. Public Bank VISA Electron, Day2Day Card & ING Debit Mastercard
4. RHB Bank Cash Connect Debit Mastercard
5. TuneMoney.com VISA Debit
6. UOB ATM with VISA Electron
7. CIMB e.Mastercard Debit 1. Al Rajhi Bank VISA Debit
2. Maybank Debit Visa Card
3. Public Bank VISA Electron, Day2Day Card & ING Debit Mastercard
4. RHB Bank Cash Connect Debit Mastercard
5. TuneMoney.com VISA Debit
6. UOB ATM with VISA Electron
7. CIMB e.Mastercard Debit

Sadie Frost bangga pose panas

Posted on the January 8th, 2010 under Cerita Panas by dynn

BEKAS isteri kepada aktor Jude Law, Sadie Frost membuat tindakan berani apabila tampil ‘tanpa seurat benang’ bagi menghiasi majalah fesyen, Grazia di U.K, baru-baru ini.

Dalam temubual dengan majalah itu, Frost dipetik sebagai berkata, dia mendedahkan tubuhnya demi menyuntik keyakinan pada kaum wanita agar lebih berbangga dan menghargai anugerah tubuh badan yang dikurniakan.

“Saya ingin tegaskan, tindakan berbogel ini bukan semata-mata menanggalkan pakaian dan berbogel, mahupun menggunakan helah kamera untuk membuatkan saya kelihatan lebih langsing.

“Sebaliknya, saya ingin bina keyakinan pada semua wanita betapa kita harus berbangga dengan apa jua keadaan dan potongan badan yang kita miliki.

“Saya juga seperti wanita yang lain, ada bahagian badan yang saya gemari seperti dada, bahu dan lengan dan ada juga bahagian yang saya kurang senang, iaitu punggung dan perut,” katanya berseloroh. – Sumber – www.mstar.com.my

Ni artis barat..artis kita jangan ikut macam nie..ni glamour murahan…boleh la pulak bangga ambil gambar sambil berbogel dalam majalah nak  tunjuk potongan badan..cesss

Nak beli desktop atau laptop?

Posted on the January 8th, 2010 under Umum by dynn

Sebenarnya aku tengah merancang untuk beli lagi satu komputer untuk aktiviti internet aku nih.Laptop yang aku ade sekrang dah hampir 3 tahun.Lagi pun skrang nie pengguna internet dalam rumah ni dah bertambah jadi 3 org.Komputernya ada dua jer.Jadi kengkadang aku terpaksa mengalah dengan anak2 aku.Disebabkan tu aku terpaksa merancang untuk beli satu lagi komputer.Cuma aku tengah pikir nak beli desktop atau laptop.

Kalau ikutkan aku..aku nak beli laptop senang aku nak bawak turun naik atau kemana jer aku pegi.Tapi kalau desktop bagi pikiran aku boleh lasak2 sikit, sebab aku boleh tinggalkan camtu jer seharian sambil mnyedut apa2 yg aku download pakai torrent.Kalau laptop bukak seharian cepat panas nanti cepat pulak rosak.

Jadi apa pendapatan korang? Desktop ke laptop?

Loan ASB – Untung ke Rugi?

Posted on the January 6th, 2010 under Financial Planning, Pelaburan by dynn

Minggu lepas aku pegi Maybank nak bukak akaun simpanan untuk adik ipar .Punya la ramai org nak bukak buku simpanan time-time cuti.Mungkin masa hujung2 tahun tu org ambik cuti untuk settle mcm2 kot.Time tunggu giliran tu aku sesaja la tengok brochure yg ada depan officer yg aku duduk.Jadi ternampak la loan asb punya borang plus table installment bulanan dia sekali.

Jadi aku tengok kalau pinjam loan ASB sebanyak RM200,000 selama 25 tahun, installment bulanan hanya lebih kurang RM1,067 camtu.Jom kita kire jumlah installment setahun compare dengan dividen yg kite dapat.

Back to school…

Posted on the January 4th, 2010 under Umum by dynn

Hari bermula la episod persekolahan tahun 2010 bagi mereka yg bersekolah dan ada anak yg bersekolah macam aku ni.Maklumlah hari ni la time nak start bayar yuran sekolah,yuran PIBG dan yuran makan sekali.Sesapa yang anak dia masuk darjah satu tu mungkin agak mencabar la skit kan.Especially anak yg asyik menangis jer tuh.Kesian la pulak nak tinggal.Jadi terpaksa la mak bapak sama-sama duk kat sekolah untuk seminggu pertama nie.

F5XQ7KAGFKM7

Pelaburan unit amanah – untung ke rugi?

Posted on the January 3rd, 2010 under Financial Planning, Pelaburan by dynn

OKlah hari ni aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku melabur dalam unit amanah nama biasa didengar iaitu unit trust.Yang aku nak cerita ni pasal pelaburan ke unit trust guna duit KWSP.Sebelum aku melabur dalam unit trust ni, macam-macam feedback yang aku dengar.Ade yg kata rugi..ade yg kata untung…ada yg kata jangan masuk unit trust.Jadi mesti ada sebab kenapa ada org kata rugi dan ada yg kata untung.Mungkin salah strategi…atau mungkin org melabur tu main hentam jer dan bagi 100% kepercayaan dekat agen.Ada agen yg tak bagi advise janji dia dapat komisen.Jadi kita tak boleh nak harap 100% kat org lain merancang pelaburan kita.At least kita kena bersedia kalau tak banyak sikit pun ok dengan ilmu pasal pelaburan.

Jadi sebelum melabur aku pun buat la kajian sikit dengan beli buku pasal unit trust ni.Orang kata kalau nak buat sesuatu kena ada ilmu.Kalau tak nanti kita ikut jalan yg salah.Bila aku dah tau serba sikit pasal pelaburan unit trust tu,baru lah aku mengorak langkah pertama untuk start melabur.Daripada duit tu duk diam kat KWSP tu baik aku cuba melabur dalam unit trust.

Ape azam 2010?

Posted on the January 2nd, 2010 under Financial Planning, Hartanah, Pelaburan emas, Tagline GengBlogger.com, Umum by dynn

Hari ni dah masuk hari yg ke-2 tahun 2010.Jadi apa azam tahun 2010 ni ?

Pertama aku nak tambahkan lagi ilmu berkenaan dengan motivasi, pelaburan dan juga perancangan kewangan.Buat masa ni aku memang minat dalam ketiga-tiga bidang ni.Sebab aku boleh praktikkan dan pada masa yang sama boleh dikongsi dengan rakan-rakan.Tak rugi kita beli buku..tak kire buku apa ..janji boleh bagi manfaat untuk diri dan juga org disekeliling kita.Lagi pun beli buku dapat pelepasan cukai.

Kedua, kena kaji balik portfolio pelaburan tahun 2009 dan nak tambahkan lagi portfolio pelaburan yang sedia ada i.e unit trust, stock, gold dan real estate.Yang ni pun kena check jugak sebagai bekalan untuk hari tua nanti.Bukan ada pencen.Masa sekarang ni lah nak kena jimat cermat.Kurangkan hutang yg ada.Tambahkan simpanan.Jangan kena bayar zakat baru la harta tu subur.

Yang ke-3, nak tambahkan lagi income dari internet   i.e paid to blog,sponsored link, affiliate program dan adsense.

Lagi?? Cukup la tu dulu..yg lain kena simpan. :)

Celik Wang – Pengurusan wang secara bijak

Posted on the January 1st, 2010 under Financial Planning by dynn

Adakah anda menguruskan wang anda secara bijak? Hutang kad kredit? Nak tahu penyelesaiannya?
Dapatkan ebuku percuma Celik Wang – Pengurusan Wang Secara Bijak yang dikeluarkan oleh AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) secara percuma bagi mendidik rakyat Malaysia supaya dapat menguruskan kewangan masing-masing secara bijak bagi mengelakkan mangsa hutang yg tak  berbayar.

Klik sini untuk download ebuku Celik Wang.