Posted on the December 31st, 2009 under Umum by dynn
Tinggal beberapa jam jer lagi tahun 2010 akan menjelma.Banyak kenangan yg ditinggalkan pada tahun 2009 ini.Ada yg manis dan ada yg pahit.Kedua-dua pengalaman hidup tersebut dijadikan sebagai panduan untuk mengharungi liku-liku hidup yg mendatang.
Azam yg 2009 yg belum tertunai atau masih sekerat jalan akan disambung atau diperbaiki pada tahun 2010.Azam baru 2010 telah dirangka bagi mencapai kearah matlamat hidup yg impi-impikan.
Semoga 2010 akan memberi suntikan semangat baru dan sentiasa mendapat keredhaanNya.
Hidup untuk memberi? Ya..ramai yg gagal dalam hidup ini kerana lebih pentingkan bagaimana untuk mendapatkan berbanding bagaimana untuk memberi.Sedangkan mengikut kajian orang yg berjaya dalam hidup ialah org yg banyak memberi.
Jadi banyak mana yg anda dah memberi?Sejarah kehidupan Rasullullah S.A.W merakamkan baginda memberi bukan semasa senang sahaja bahkan semasa susah.Sudah menjadi lumrah org yg berjaya tahap-tahap biasa ialah org yg membawa hanya dirinya seorang sahaja berjaya.Tetapi org yg berjaya pada tahap luar biasa ialah org yg membawa org-org lain berjaya bersamanya.
Itulah dia sedikit potongan isi yg diambil dari Majalah Solusi – Edisi 14. Majalah ni memang menarik.Banyak unsur motivasi dan pengajaran dalam majalah ni.Aku memang minat majalah ni lain dari majalah yang lain.Memang tak rugi beli.Aku nak citer sikit pasal majalah ni..adalah keluaran Telaga Biru Sdn Bhd .Kolumnis-kolumnis majalah ini pun memang hebat-hebat dan terkenal contohnya Ustaz Zahazan ,Ustaz Zaharuddin,Irfan Khairi,Dato’ Dr. Hj Fadzilah Kamsah dan banyak lagi yg terkenal.Mungkin ramai yg tak tau pasal kewujudan majalah ni.Jadi korang boleh dapatkan dikedai-kedai buku yg berdekatan.Sure korang puas hati punya.Tak caya..cuba beli satu.
Seperti yg diwarkan semasa pembentangan budget 2010 pada bulan Oktober lepas…pengguna kad kredit akan di kenakan RM50 bagi setiap satu kad kredit.Ingatkan bende ni tak jadi..last-last kena jugak.Tapi aku dah ambil langkah awal dengan teminate 2 kad kredit aku untuk kurangkan caj cukai perkhidmatan nie.Satu kad RM50….kalau 3 dah RM150…so skrang tinggal satu jer..Caj perkhidmatan nie dikenakan pada masa nak buat renewal atau time anniversary…RM50 untuk pemegang kad utama..RM25 untuk supplement.
Sebenarnya aku pun tak nampak kenapa dikenakan RM50 setiap pemegang kad kredit nie….guna kad kredit lagi senang (kalau betul2 displin) nak elakkan bawak cash terlalu banyak mengundang kpd risiko…dah la skrang nie ramai peragut….kalau kena ragut pun dia ambik kad jer…tak de cash dalam bag tu..kalau ade pun sikit.
Ada sesetengah bank yg absorb caj nie dengan bagi cash rebate atau reward point.Boleh check dekat bawah nie.
Source : The Start Online
Rasa macam tak praktikal alasan dikenakan cukai perkhidmatan ni untuk mengurangkan hutang kad kredit nie…tu rasa aku..mungkin diorang dah buat research..tapi kena tengok jer la….bila dah implement nanti rasa2 dapat tak jumlah hutang kad kredit yg ada sekarang nie? Kita tengok result dia tahun depan….
Melabur dalam pasaran saham tidak semudah yg disangkakan.Ramai diantara kita terjun melabur dalam pasaran saham dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat.Memang ada yang untuk dan banyak juga yang rugi.Sebenarnya kalau kita nak buat ape-ape kenalah bermula dengan adanya ilmu terlebih dahulu.Jadi sama juga dengan melabut dalam pasaran saham.Jadi hari ni aku nak share buku yg aku jumpa kat MPH dan aku beli untuk aku belajar melabur secara bijak dalam pasaran saham.Buku dia bertajuk Panduan Bijak Melabur dari Razali Razman.
Dalam buku ini memuatkan maklumat mengenai :
1. Membuat persedian sebelum melabur
2. Mendapatkan sumber maklumat berguna
3. Memilih dan menilai saham
4. Menentukan masa paling sesuai untuk membeli
5. Membuat keputusan untuk menjual saham
6. Mempelbagaikan pelaburan
7. Membina portfolio saham dan aset anda
Cara yang digunakan adalah bagaimana menilai sesuatu saham tersebut dengan menggunakan asas kewangan syarikat tersebut.Jadi sesiapa yg berminat dalam pasaran saham nie kenalah minat sikit2 pasal asas analisa kewangan dan kira-kira.Sebab kita kena buat perbandingan antara nilai kita dapat dengan nilai pasaran saham dipasaran terbuka.Tak rugi beli buku nie ..memang bagus sebagai permulaan untuk meningkatkan ilmu kita dalam saham.
Posted on the December 26th, 2009 under Umum by dynn
Yess…aku punya streamyx dah upgrade ke 2 Meg.Aku buat application hari rabu …semalam diorang dah datang untuk activate aku punya speed dari 1Meg ke 2Meg.Pagi kul 10am diorang call tapi aku kat luar…aku buat appointment lepas lunch…kan semalam solat jumaat..so mintak dia tunda ke petang…siap dengan wireless modem free lagi…walaupun aku dah ade aku punya sendiri…skrang ni aku ade 2 wireless modem…satu jadi backup la macam tu..mana tau yg satu lagi rosak atau kena sambar petir…so far aku memang puashati dengan aku punya wireless modem cap Belkin tuh…memang tahan lasak…aku jarang off…walaupun hujan panas..petir..so far tak de masalah.
Sekarang connection aku jadi power…jadi senangkan aku punya keje untuk upload/download.Jom streamyx..
Pejam celik..pejam celik..dah tinggal 6 hari jer lagi tahun 2009 akan kita tinggalkan..dan masuklah tahun 2010…so kalau dibuat post mortem agak-agak azam tahun 2009 yg kita buat dulu kita dah capai ke agaknye?
Mana yang tak capai kena dibawak ke tahun 2010 la nampak gayanya.Mana yg dah tercapai boleh la kite raikan pencapaian kita tuh.Itu kalau yg ade azam..camner yg tak de azam? Kalau azam pun tak de susah la hidup macam tu.Kalau tak de azam tu kire mcm naik bas tapi tak tau nak pegi mana..bayangkan la kalau hidup mcm tu.
Posted on the December 25th, 2009 under Umum by dynn
Pepagi lagi aku dah bangun macam hari-hari biasa bekerja walaupun hari ni hari sabtu.Bukan apa bila kita dah biasa bangun awal pagi tabiat tu kita kekalkan supaya kita bersedia dengan lebih awal.
Tu saje intro tak de kaitan dengan tajuk yg aku tulis kat atas tuh.Jadi berkenaan tajuk kat atas tu aku ternampak buku Tarik kekayaan dgn kuasa minda dari Amar Mahmood keluran PTS yg tersusun dekat meja aku nih.Buku Tarik Kekayaan Dgn Kuasa Minda ni adalah buku motivasi yg memberi asas untuk membentuk minda individu yang ingin menjadi kaya dengan mengprogramkan minda yg betul bagi mendapatkan kekayaan.
Menurut buku ini mencari kekayaan memerlukan kemahiran membentuk kekuatan minda dan aliran minda yang betul.Jadi sesiapa yg berminat untuk menjadi kaya boleh la beli buku nie.Anda akan diajar bagaimana untuk membuang kepercayaan negatif pada kekayaan,program kepercayaan baru dan guna law of attraction bagi tarik energi kekayaan.Jadi korang boleh cari buku nie dekat mana2 kedai buku yg terdekat.
Semenjak paypal membenarkan pengeluaran duit ke bank tempatan (tak silap bulan Oct lepas) dapat mempermudahkan lagi pengeluaran duit dari paypal nie.Semudah 1..2..3.Memang berita baik untuk pengguna-pengguna paypal.Kalau sebelum ni, kena transfer ke akaun debit kad atau kredit kad visa.Contoh : visa elektron Publick Bank,Debit Kad Al-Rajhi.
Sekarang pengeluaran boleh dibuat dalam akaun simpanan atau akaun semasa biasa contoh macam aku…aku guna akaun semasa Maybank.Tempoh untuk transfer dari akaun paypal ke akaun maybank ambil masa dalam 3-4 hari.Kan senang…boleh check thru maybank2u bila-bila masa jer.
Tengah hari tadi member aku dapat call dari private no yg tak di ketahui asal usul no tuh.Orang yang call tuh mintak no card credit, expired date dan jugak 3 no security yg kat belakang card credit tuh.Member pun pelik lah.Yang satu lagi dia kata pelik… nama org yg call tu nama perempuan Melayu tapi suara bunyi mcm perempuan India.Dah pelik mcm tu dia pun letak call la.Tu memang sah la perompak zaman siber.
So korang berhati-hati la dapat call yg mcm tuh.Kalau call daripada bank mesti dia tak tanya punya expired date sekali ngan 3 no security tuh.Jangan sesekali layan org yg mintak info pasal card credit nie.