Baru jer sampai balik dari kampung sempena cuti raya Aidiladha.Aku balik ke kampung lepas solat raya hari Jumaat tuh.Sampai kampung dalam 12:30tghari…sempat la jugak solat Jumaat.
Ok la jugak dapt balik kg…bukan senang raya haji cuti sampai 3 hari mcm nie.So dapat la menenangkan fikiran kat kg sambil2 keluar peluh mengerjakan tanaman2 yg ada kat kg tuh.Time ni lah nak keluarkan peluh..baru la sihat.
Raya ke-2, kitorang pegi Melaka.Saja nak pegi main bowling dekat MITC Bowl, dekat ngan Melaka Sentral..saja test lane.World Cup Bowling baru jer habis 20hb Nov. 2009…diorang main kat situlah. Tempat bowling dia memang lain sikit dari tempat bowling yg aku penah pegi main sebelum2 nie. Dia buat depan belakang …tengah2 tempat penonton …satu tempat ada 26 lane.So semua ada 52 lane.Memang ramai giler masa tuh…kebanyakan famili jer ..mungkin diorng ambik masa cuti bersantai sambil main bowling.
Nasib baik kitorang dapat gak main..walaupun que agak panjang jugak.Bagi aku ok lane kat situ..maklumlah lane baru.House ball pun baru…baling pun best.Yang tak best kasut dia mcm dah lama.Nak kata lama baru jer bukak tempat bowling nie.
Lepas habis main bowling kitorang terus balik kg…masa tu dah kul 7:15mlm…perjalanan ke kampung kitorang dalam 1 jam camtu.Sampai kampung terus cari makanan….lapar giler masa tuh.Tu jer la serba sedikit aktiviti time cuti nih.
Aku sambungan dari pembelian rumah aku yg kedua lagi.Ni ada berita tak best yg aku nak cerita sikit.Pagi semalam wife aku call agen tuh.Agen tu bagitau rumah yg aku nak beli tu owner dia nak naikan lagi harga.Memang aku dah agak dah memang ade tak kena dengan deal rumah nie.Tapi agen tu ade offer rumah lain.
Aku cancel jer la deal nie.Diorang ni sesuka hati betul nak naikan price.Aku memang hangin betul buat deal mcam ni.Kalau la owner tu yg main2kan price bagi aku memang owner ni tamak.Kalau nak jual memahal bagi la tau awal2.Tak payah aku nak buang masa layan kerenah mcm nie.
Aku nak mintak refund balik dekat agen ni.Aku nak kena cari rumah lain pulak.
Sesiapa yg tengah nak shopping2 loan rumah tu efektif 1 Nov jangan mimpi lagi bank offer BLR-2.2,-2.1,-2.0…even package FMC (free moving cost)tu pun dah tak de…BNM dah tak bagi kasi rate semacam tu lagi sebab ekonomi dah tengah nak naik…dulu dia bagi mungkin sebab nak memberangsangkan aktiviti ekonomi…sekarang bila ekonomi dah ada tanda pemulihan dia freezekan lah semua package yg menarik sebelum nie….ni aku dapat tau dari officer bank yg aku deal untuk beli rumah kedua tuh…yg dia offer dekat aku pun BLR-1,85%…tu punoffer tu kata last..lepas ni BLR-1.70 jer.
So lepas ni dah tak dapat dah package murah2…nak buat investment pun margin dah mengecut…tapi masih boleh buat duit lagi.
Semalam wife aku msg agen rumah tu sebab nak tanya pasal ada masalah ke dengan rumah yg aku nak beli tu…sebab dah seminggu tak de berita dari agen nih…tapi msg tak jawap pun…hint2 nak sign S&P pun tarak…loan bank dah approve.
Lagi tenghari tadi wife aku try call agen tu lagi…nasib baik dapat… tu pun call ofis dia…call hp tak berjawap.Wife aku tanya ape citer dengan deal rumah nie…pastu agen tu jawap mcm ade masalah…owner mcm tak jadi nak jual…katanya kalau jual nanti susah nak dapat lagi area kat rumah yg dia nak jual tu….hek elehh…sebelum ni tak pikir panjang ke nak jual rumah…dia ingat jual beli rumah main2 ke…aku punya la ambik masa nak buat deal…pegi sana-sini dapatkan loan…dia senang2 kata tak nak jual…kan menyusah org lain…kalau tak nak jual cakap jer la sensiang tak nak jual…tak yah aku nak booking dan buat preparation utk buat loan rumah nie…bukan buang masa aku jer…buang masa agen dan jugak buang masa officer bank yg aku deal…agen ni pun satu..mcmana boleh buat deal dengan org mcm nie…sepatutnya awal2 lagi dia kena deal betul2 dgn owner…ni sekali naik harga…bila setuju dengan naik harga…tak jadi jual la pulak..
Sebenarnya aku malas nak call agen nie…sebab aku rasa mcm ade tak kena…sebagai agen sepatutnya awal2 lagi dah confirm dengan owner tu…mesti ade black n white tentang lantikan agen tu untuk jual rumah dia…kalau tak haru la mcm nie…sekali jual..sekali tak nak..sekali naik harga..pastu tak jadi juall..
Jadi moral dia korang berhati-hati bila deal dengan agen hartanah nie…sebelum ni aku penah jugak beli dari agen tapi ok jer…time nie lak…bila fikir2 balik …mesti ade hikmah tuh.
Berhati-hati bila ade org promote untuk register credit card terutama di shopping-shopping komplek.Ada kes dimana mereka menggunakan maklumat didalam borang permohonan dan juga salinan kad pengenalan untuk memohon credit card untuk kegunaan mereka.
So korang berhati-hati lah ehh..
Sebagaimana yg kita tahu emas adalah merupakan komoditi yg amat berharga.Emas yg dimaksudkan disini adalah emas dalam bentuk jongkong bukan emas perhiasan yg biasa digunakan oleh golongan wanita.
Jadi kepada mereka yg ingin mengetahui rahsia pelaburan emas lebih lanjut boleh download laporan percuma ini.Tak rugi malah menambahkan ilmu anda dalam pelaburan emas.

Hari ni aku dah sign LO (Letter Offer) dengan bank untuk loan rumah aku tuh.Bank boleh offer BLR-1.85% jer walaupun masa jmpa minggu lepas officer tu kata boleh bagi BLR-2%. Officer tu kata Bank Negara dah keluarkan circular supaya bank tak offer rate lebih dari 1.80% dan dia kata lagi tak de dah FMC (Free Moving Cost) lepas ni.Mugkin dah ada petunjuk ekonomi semakin pulih.So sape yg buat loan rumah lepas 1 November ni tak merasa lagi lah rate yg best dan tak de FMC.Semua korang kena bare the cost.
Sekarang ni aku tengah tunggu sign SPA pulak.Ikutkan 14 hari dari aku buat booking aku dah boleh sign SPA.Tapi skrang ni baru 10 hari jadi tinggal lagi 4 hari…
Next…