PELUANG KEEMASAN KEPADA PARA GRADUAN YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 (K3G) yang akan diadakan pada 15 Mei hingga 17 Mei 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Lebih dari 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang akan ditawarkan kepada graduan yang masih menganggur atau graduan yang sedang mencari pekerjaan tetap.
K3G akan disertai oleh 400 hingga 600 pempamer yang terdiri daripada:-
Syarikat Swasta;
Agensi Kerajaan/ Badan Berkanun;
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC);
Syarikat Senaraian Awam (Public listed company);
Entepris Kecil dan Sederhana (SME); dan
IPTA dan IPTS.
K3G ini adalah terbuka kepada graduan di peringkat Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda dari Kolej Komuniti, Politeknik, dan IPTA serta IPTS.
Untuk keterangan lanjut layari web Kementerian Pengajian Tinggi
Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan system perancangan.
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak apa”, “Nanti dulu”, “Lepas kahwin”, “Bila anak dah besar” sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insurance perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.
Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?
Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada system atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?