Ni site yg aku refer bila aku nak check sesuatu domain yg aku nak beli.
Tujuannya adalah untuk make sure domain yg aku nak beli ni memang pagerank dia valid bukan yg fake punya.Bukan tu sahaja, aku nak kena check dia punya backlink samada existing backlink memang banyak ke sikit.Lagi banyak lagi bagus.
Berikut adalah tempat rujukan aku sebelum beli domain yg ada PR :
Nak buat aper beli domain yg ada pagerank? Haaa…tujuan beli domain yg ada pagerank adalah sebab nak develop site tu untuk buat site yg boleh mendatangkan duit. Mungkin bila dah develop nanti boleh lah kita jual balik semula dengan harga yg lebih tinggi. Tak pun boleh bina site tu buat blog yang berbayar.Biasanya ambil masa untuk develop sebab nak make sure site ni betul-betul establish.Kalau tidak nampak sangat domain ni drop domain.
Senangkan? Nampak macam senang, tapi nak buat kena ada asas2 nya jugak.Silap2 bila google update pagerank , PR domain tu drop.So kena berhati-hati.Nak belajar cara-cara dia buat duit dengan beli domain yg ada PR?
Apa itu berfikiran secara positif? Berfikir positif dalam bahasa mudahnya adalah bersangka baik. Dalam Islam sendiri kita disarankan supaya bersangka baik terhadap apa yg berlaku. Lawan kepada berfikir positif adalah berfikiran negatif.Apabila berfikir secara positif ia memberi kesan positif secara langsung kepada kita sendiri.Cuba anda bayangkan kalau kita asyik berfikiran negatif.Contoh ..susah lah…mana boleh.
Dari makna perkataan yang kita sebut itu menunjukkan kita tidak boleh nak buat sesuatu tindakan. Bila kata cakap susah lah, kita semacam dah setkan dalam minda kita perkara tersebut susah.Belum kita cuba dah cakap susah.Entah2 senang jer.Tapi siang2 lagi dah cakap susah.Jadi sampai keakhir bende tu pun jadi lah susah.Result dia pun jadi tak seberapa.
Saya masih ingat lagi masa belajar Add Math. Masa tu tingkatan 4.Kalau kita tanya org yg berfikiran negatif dia akan cakap…Uiiiiii kau nak ambik Add Math? Susah la Add Math. Bila dah lalui semua tu, tak susah mana pun.Sebenarnya yg menyebabkan susah sebab awal-awal lagi kita dah terapkan perkataan susah.Kalau yer pun susah sepatutnya kita kena lebihkan lagi usaha.Mudah-mudahan kita dapat atasi apa yg susah tu.
Satu lagi masa saya belajar dekat U dulu.Masa tu ada satu subject tu nama dia Intermediate Accounting.Subjek ni compulsary walaupun bagi diorang yang tak major accounting. Jadi bila jumpa senior-senior tu, adalah bunyi-bunyi yang kata Intermediate Accounting ni susah.Alhamdulillah bila saya sendiri ambik paper ni ok pulak.Jadi bila saya tengok balik sebenarnya diorang yg cakap susah ni sebab tak letak usaha dan siang2 lagi dah cakap susah.Terlalu berfikiran negatif dari keputusannya pun negatif.
Jadi saya yakin korang pun penah alami perkara macam nie baik dialam sebagai pelajar mahupun bila dah kerja.
Terlalu berfikiran negatif boleh juga jadi kita tension dan silap2 boleh menyebabkan kita stress.Tu sebab bila kita turun musibah kepada diri kita, kita disarankan supaya menanggapnya sebagai ujian supaya kita ingat kepada-Nya dan baiki kekurangan yg ada.Cuba bayangkan apabila satu kesusahan menimpa kita, kemudian kita maki-hamun tak tentu arah atau habis org yg berdekatan dengan kita kena marah.Bukan ke lagi buat kita tension dan lagi stress.
Jadi cuba la kita belajar berfikiran positif.Bisikanlah perkataan positif pada diri anda.Supaya ia trigger otak kita untuk sentiasa berfikir positif.
”
Assalamualaikum dalam sejahtera semua.
Hari ini dah masuk hampir 14 hari tahun baru 2009. Jadi ape azam tahun baru korang?
Berikut adalah azam saya pada tahun ini secara umumnya :
- Tingkatkan lagi pendapatan internet saya.Agak2 berapa tuh..

- Diversified peluang pendapatan atau pelaburan baru
- Menambahkan ilmu bagi menyediakan diri sebelum menceburi dlm bidang perniagaan
- Meningkatkan lagi motivasi dan juga ketrampilan diri
Tu jer lah antara azam saya pada tahun ini yang saya boleh kongsikan.Apa yang saya bagi nyatakan diatas adalah secara umum sahaja.Secara detail dan dateline biarlah saya simpan sendiri.Takan nak share kot..
Disamping itu azam tahun lepas yang tidak kesampaian akan diteruskan.
So korang dah ada azam? Azam kita biarlah realistik dan boleh dicapai.Janganlah azam yg terlalu tinggi sangat yang akhirnya kita sendiri akan rasa frust kalau azam tidak kesampaian.Apa yg penting kita perlukan komitment dan juga bertanggungjawap.Barulah kita rasa puas apabila kita berjaya mencapai apa yg dikehendaki.Sekiranya gagal pun..yang penting kita dah cuba.Bagi saya bila kita dah cuba , baru lah kita tau setakat mana kemampuan kita dan dari situ kita memperbaiki apa yg perlu bagi meneruskannya.Oklah saya tak nak citer panjang..yang penting tindakan dan kita lihat keputusannya.