Archive for November, 2008

BLR turun sebanyak 0.25%

Posted on the November 28th, 2008 under Cerita Panas, Credit Card by dynn

Berita menarik.. dalam suasana ekonomi yg tak berapa membarangsangkan ni, BLR iaitu Base Landing Rate telah diturunkan sebanyak 0.25%.Ini bermakna BLR sekarang 6.75% akan menjadi 6.50%.Difahamkan penurunan kadar ini efektif 1 Disember 2008 ini.

Ini dikatakan menarik bagi bakal2 peminjam untuk membuat pinjaman seperti pinjaman perumahan dimana kos faedah dikenakan telah berkurang.Tujuan kadar ini diturunkan adalah untuk merangsangkan suasana ekonomi di Malaysia dalam menghadapi suasana ekonomi yg agak muram sejak kebelakangan ini yg melanda dunia.

 

Harga minyak turun lagi…

Posted on the November 17th, 2008 under Umum by dynn

Ada berita baik lagi hari ni..harga minyak petrol akan diturunkan lagi bermula pukul 12 tgh malam ni sebanyak 15 sen seliter.Jadi sekarang harga petrol $2.00 seliter…Alhamdulillah..kurang lagi bebanan.

Dengan ekonomi yg semakin tak menentu ni elok lah kita beringat-ingat.Dulu masa time minyak naik sampai 41% memang terasa giler. Sekarang bila dah turun baik kita sentiasa bersyukur mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki kita.Duit yg lebihan tu boleh la dibuat simpanan atau dibuat untuk perkara keperluan bukan bila dah turun minyak dah start pikir nak tukar kete baru la pulak.

Moga-moga harga minyak turun barang pun turun la sama yer..jangan suruh minyak jer turun tapi barang masih tak turun-turun.

 

 

 

Bina Kedai Online Anda Sendiri

Posted on the November 7th, 2008 under Pelaburan emas, Umum by dynn

Kedai Online

Sekiranya anda mempunyai niat untuk membuka kedai online sendiri inilah masanya iaitu dengan penyelesaian yang disediakan oleh NiagaKit.

Dengan NiagaKit anda yg tidak mempunyai pengetahuan dengan mudah membuka kedai online anda sendiri dan harga yang sangat murah berbanding sekiranya anda beli diluar sana.

Apakah NiagaKit?

NiagaKit adalah satu kedai online atau dipanggil e-commerce yg menggunakan platform WordPress bagi menjual produk secara online.Dengan NiagaKit ciri pembayaran secara online seperti Paypal juga disediakan.

Dengan NiagaKit anda akan dapat :

  • Set complete kedai online
  • domain dan hosting
  • kedai anda boleh siap dlm 24 jam
  • mesra pengguna
  • support

Anda boleh menjual pelbagai jenis barangan seperti kasut,baju, kuih, pinggan-mangkuk dan apa juga jenis peniagaan yg sesuai secara online.

Harga? Dengan ciri-ciri yg disediakan bersama dengan support yg disediakan memang harga yg diberikan adalah murah iaitu dari RM500 bagi 100 pelanggan pertama.Anda boleh buat perbandingan solution diluar sana dengan solution yg ada pada NiagaKit.

Dapatkan segera sebelum harga dinaikkan selepas pelanggan ke-100.

Pengurusan kewangan – Part 1

Posted on the November 2nd, 2008 under Credit Card by dynn

Ya..kita kena celik dalam menguruskan kewangan kita.Pembelajaran tentang menguruskan kewangan ini tidak diajar semasa kita belajar disekolah atau pun semasa kita diuniversiti.Kalau yg belajar pun sebab ambil pengajian yg berkaitan dengan finance,itu pun tak di amalkan bila dah bekerja atau real life.

Berapa ramai kalau kita tengok yg struggle dalam menguruskan kewangan peribadi? Dari student sampai la org yg bekerja.

Sebagai seorang student penting dalam menguruskan kewangan juga terutama mereka yang dapat pinjaman atau scholarship.Bila time dapat pinjaman mula lah beli macam-macam. Ada yg beli baju ,seluar , handphone dan macam-macam lah accessories. Beli pulak yang mahal2.Bukan tak boleh beli tapi ala kadar cukup la kan.Lain la kita ni dari keluarga yg berada.Kalau keluarga berada sekali pun membazirkan tak elok.Kita masuk universiti untuk belajar bukan nak melaram yer tak? Yang haru belum sempat habis semesta duit dah habis.Sebab tu pentingnya kita menguruskan kewangan start dari student lagi.Kalau tabiat membazir ini kita amalkan sampai keje pun kita akan terikut-ikut dengan style macam nie.

Bagi yg dah start keje, masa ni lah kita mula kita menguruskan kewangan kita dengan lebih serius.Bila dah berkerja kita dah start nak beli kereta, nak beli rumah atau menyewa rumah, lepas tu nak kawin dan tak lupa juga perbelanjaan harian kita.Bila dah keje mulalah membuat perancangan kewangan sendiri.Dalam merancang kewangan kita perlu ada matlamat, tempoh untuk mencapai matlamat dan juga berapa banyak kita yg perlu atau mahukan pada akhir matlamat kita nanti.Kena spesifik tapi realistik.Sebagai contoh matlamat 10 tahun akan datang nak make sure ada RM500,000 dalam simpanan.

Bersambung…

Harga minyak petrol turun lagi…

Posted on the November 1st, 2008 under Hartanah, Umum by dynn

Mulai 1 November 2008, minyak petrol sekali lagi diturunkan sebanyak RM2.15 daripada harga RM2.30 sebelum ini.

Aku pun dah tak kira baper kali dah minyak diturunkan yang penting minyak turun jadi secara tak langsung perbelanjaan untuk minyak kereta dapat la dikurangkan.

Cuma satu jer.Harga barang masih tak turun.Ni yang hangin satu badan.

Mintak2 pemborong dan pengeluar dapatlah menurunkan barang untuk mengurangkan lagi bebanan pengguna dengan keadaan ekonomi yg tidak beberapa sihat sekrang nie.

Kalau diorang ni degil jugak.Kita boikot jer lah.Tu jer kalau nak ajar diorang nie.Baru dia tau tinggi rendah langit ni.