Rahsia buat duit dengan eBay

October 26, 2008

(0) Comments

Tahukah anda, satu rahsia bagaimana untuk menjana wang dari eBay? Adakah anda berminat untuk mengetahui dengan lanjut?

Dianggarkan 2 juta orang memasuki kelaman web eBay dan dalam sebulan dianggarkan sebanyak RM5 juta hasil jualbeli yg didagangkan di eBay.

Kebanyakkan pengunjung menghabiskan masa lebih kurang 2 jam bagi mencari barangan yg diminati di eBay.Sudah ada suri rumah yg menjana pendapatan di eBay dengan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Menjana pendapatan di eBay boleh menjadi sumber pendapatan sampingan anda dikala kita menghadapi krisis kenaikan harga barang dan juga kedudukan syarikat yg tidak menentu akibat dari krisi ekonomi di AS.

Anda sudah bersedia? Untuk lebih lanjut dapatkan rahsia buat duit dengan eBay disini.

Ingat ini bukan SKIM CEPAT KAYA. Ia boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja yg ingin menjana pendapatan dengan menjual barang di eBay sekiranya anda rajin berusaha dan mempunyai matlamat untuk berjaya.Walaubagaimanpun sebagai permulaan, ilmu asas perlu dipelajari terlebih dahulu.

Sekiranya anda memang rajin dan ingin berjaya jangan lengah lagi dapatkan rahsia menjana pendapatan di eBay disini. Perlu diingat bukan senang nak jadi senang…tapi nak susah senang jer.

dynn

Harga minyak akan turun lagi

October 26, 2008

(0) Comments

Satu berita menarik kepada pengguna minyak petrol dimana kerajaan dijangka akan menurunkan lagi harga minyak petrol antara 15 sen hingga ke 20 sen. Ini adalah kesan dari penurunan harga minyak dunia dimana harga sekrang lebih kuran $66 setong.Penurunan harga minyak ini walaubagaimanapun akan turunkan secara berperingkat untuk memastikan station-station minyak tidak mengamali kerugian akibat dari penurunan harga ini.

Ini adalah satu berita yg mengembirakan rakyat kerana selama beberapa bulan yg lalu kenaikan minyak memberi kesan yg besar kepada semua golongan masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah.

Kesan kenaikan telah menyebabkan kenaikan harga barang runcit yang juga memberi kesan secara langsung kepada barangan2 lain termasuk makanan harian.

Apabila minyak naik pengeluar akan menaikan harga barangan mereka.Ini boleh kita bolehlah kita terima.

Tetapi bila minyak turun kenapa pengeluar masih turunkan harga barang? :mad:

dynn

Kad Kredit-i Bank Rakyat

October 18, 2008

(0) Comments

Sebelum saya ada pos berkenaan dengan produk kad kredit Islamik dari CIMB Islamic, hari ini ada satu lagi Kad Kredit-i dari Bank Rakyat mempunyai ciri-ciri perbankan Islamik.

Kelebihan Kad Kredit-i Bank Rakyat :

1. Rebat 3% masuk kedalam tabung pelancongan dan umrah
2. Tiada caj berganda
3. Kemudahan bayaran zakat
4. Pelindungan takaful percuma

Untuk keterangan lanjut hubungi cawangan Bank Rakyat terdekat.

Oleh kerana sudah ada produk dari perbankan Islamic, ianya menjadi satu alternatif untuk kita untuk menjauhkan diri terlibat dari sistem konvensional yang lebih menjurus kepada ribawi.Tepuk dada tanya iman.:lol:

dynn

Kredit Kad Islamik dari CIMB Islamic

October 17, 2008

(1) Comment

Hari ni terbaca produk baru dari CIMB Islamic iaitu kad kredit Master yang Islamik yang berdasarkan konsep Ujrah.

Satu perkembangan baru bagi pengguna kredit kad yang ingin menggunakan kredit kad yang berlandaskan Islamik.

Kelebihan kad kredit Master dari CIMB Islamik :

1. Percuma sepanjang hayat.

2. Manfaat eksklusif

3. Tawaran Rebat

4. E-pay

5. MasterCard Paypass

Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web CIMB Islamic.

Kijang Emas satu permulaan…

October 15, 2008

(0) Comments

Setelah membaca berkenaan dengan pelaburan emas dari blog Jutawan Emas aku agak teruja sikit nak start berkecimpung dalam laburkan duit aku dalam emas gold bar ataupun syiling emas sebagai permulaan.

Jadi semalam aku call Maybank nak tanya pasal Kijang Emas tapi malang Kijang Emas katanya dah habis dijual sebab ramai org dah beli time sebelum raya tu masa harga emas turun.Kalau nak tau rupa Kijang Emas ni korang leh lawat kat sini.

Oleh kerana Kijang Emas dah habis dijual.Aku ingat nak beli emas di UOB.Harga 1 troy ounce lebih kurang sama gak dengan Kijang Emas.Tapi rupa bentuknya lain la sikit.Nak tengok current rate emas di UOB boleh tengok kat sini. Macam biasa rate dia berubah dari hari ke hari. Jadi sebelum beli tu kena la tengok2 rate dia.

Kalau emas kat UOB ni habis aku akan buat Gold Saving Passbook dengan Maybank. Starting untuk invest dalam GSP Maybank dalam 5g lebih kurang RM400-500.Price pergram pun berubah-rubah ikut turun naik harga emas dunia.Cuma GSP ni , kita tak simpan emas fizikal kira macam buat saving lah.Bila harga emas dah tinggi atau target margin dah tercapai kita jual la.Camtu la lebih kurang strategi dia.

dynn

Emas satu pelaburan?

October 14, 2008

(0) Comments

Aku ada terbaca 2 hari lepas berkenaan dengan pelaburan emas di Blog Jutawan Emas yang selama ini aku terlepas pandang.Sebenarnya sebelum ni ada pernah terbaca berkenaan dengan pelaburan emas yg juga merupakan salah satu cabang pelaburan jangka panjang tapi aku pandang remeh sebab aku tak buat kajian yang terperinci berkenaan dengannya.

Lepas membaca blog Jutawan Emas tempohari , aku dah nampak bagaimana pelaburan emas ini boleh mendatangkan keuntungan kalau pelaburan ini dibuat dengan cara yang betul.Walaubagaimanapun sebelum memulakan pelaburan aku akan membuat kajian terperinci terlebih dahulu supaya keputusan yang dibuat adalah berdasarkan first hand info dan bukan sekadar ikutan sahaja.

Kepada rakan yang masih blur pasal pelaburan emas ini boleh la melawat di blog Jutawan Emas untuk maklumat lanjut berkenaan bagaimana untuk melabur dalam emas.