Archive for September, 2008

Dikesempatan ini, sempena hari raya yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat sekalian.
Semoga dengan kedatangan Syawal pada tahun ini memberikan sinar hidup dan keinsafan untuk kita meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim.
Kepada mereka yang balik kampung dengan perjalanan yang jauh semoga berhati-hati ketika memandu dan selamat sampai kedestinasi yang dituju.
Salam Aidilfitri dari DinsBlog.Com

Apa itu overdraft? Rasa ramai yg tau dan ade jugak yang masih tak tau. Mana yg tak tau boleh la buat kajian sedikit pasal kegunaan overdraft ini dalam mengurus kewangan kita.Biasanya overdraft kita dengar digunakan oleh peniaga sahaja.Tapi kita kena ingat sebagai individu juga boleh memperolehi kemudahan overdraft secara clean atau disandarkan kpd hartanah,unit amanah atau fixed deposit (FD).Biasanya kadar interest adalah berdasarkan Base Landing Rate atau BLR.Yang menarik kadar caj adalah berdasarkan daily rest yang mana amat menguntungkan pengguna.
Apa kelebihan overdraft?
Pelaburan hartanah bukan asing lagi dalam dunia pelaburan masa kini. Kalau dibandingkan dengan pelaburan-pelaburan yang lain, pelaburan hartanah adalah merupakan pelaburan yang boleh mendatangkan pulangan yang tinggi iaitu didalam 20-30% dalam masa setahun.Malah sebagaimana yang kita tahu nilai hartanah adalah semakin naik dari tahun ke tahun.Ini tidak dapat dinafikan lagi ianya juga sebagai hedge kepada inflasi atau pelindung kepada inflasi.Mana tak nya walaupun inflasi nilai hartanah tidak akan turun cuma mungkin kadar kenaikannya agak slow sedikit tapi inflasi masih tidak dapat mengatasi nilai hartanah.
Satu yang menarik bukan? Tapi adalah kita sanggup melabur dalam bidang ini ? Bangsa lain telah pun melihat bidang ini dapat menjamin pendapatan pasif yang lumayan.Jadi kita bila lagi?
Aku dalam proses untuk mempelajari selok-belok berkenaan dengan hartanah nie.Asalnya adalah dari membaca buku Azizi Ali.Memang menarik buku-buku hasil tulisan beliau.Ia membuka minda kita dalam bidang perancangan kewangan dan pada masa yang sama dapat membantu kita dalam mencapai matlamat kewangan kita.
Dari pada pembacaan dan kajian yg dibuat sebagai permulaan pelaburan hartanah yg sesuai untuk pelaburan dan mudah untuk mendapat keuntungan adalah low atau medium cost apartment.Sebab harganya dalam lingkungan RM50,000 hingga RM80,000 bergantung kepada kawasan.Dan kalau kita selidik pada harga RM60,000 ansuran pinjaman sebulan tak lebih dari RM300 sebulan.Bayangkan pada ansuran sebulan kemudian disewa dengan RM500 kira dah untuk RM200 yer tak? Itu baru sebuah rumah kalau ada 5 biji rumah dah RM1,000. Sapa nak bagi RM1,000. Lepas tu pulak ansuran bulanan penyewa yg bayar. Tak menarik ke? Untuk low atau medium kos apartment kos guaman dan pendahuluan (10%) tak sampai RM10,000. Bayangkan bulan2 kita dapat RM200 setahun dah RM1,200. Dengan kos yg kita keluar hanya RM10,000. So berapa ROI dia? Korang kira lah sendiri…rasa-rasa tinggi ke tak?
Aku baru perasan blog aku ni dari PR0 dah jadi PR3.Ingatkan aku tersilap.Aku cuba la bukak blog aku ni lagi sekali, memang sah Google PR tengah update.
Tak sangka lak baru jer berapa post blog ni dah jadi PR3.Tapi bagi aku tak de makna sangat kalau PR tinggi tapi kalau traffik kurang.Yang penting adalah traffik. Sebab dari trafik baru boleh convert jadi money.
TRAFFIC = MONEY 
Walaubagaimanapun tahniah untuk dinsblog.com
…cuma nak dapat PR3 senang tapi nak maintain tu yg agak susah sikit. Tapi PR tak penting bagi aku sebab tujuan blog ini just nak kongsi infomasi jer.
Semalam aku apply Tune Card dari TuneMoney.com secara online.Ape tujuan sebenar aku register Tune Card nie? Ohh…kalau nak tau ..tentulah tak lain tak bukan nak keluarkan duit dari akaun PayPal.
Tapi sebelum tu Tune Card ni adalah salah satu visa debit card yang sesuai yang aku dengar untuk pengeluaran dan juga pengaktifan akaun PayPal.
Aku nak try Tune Card ni sebab pengeluaran dari CIMB ATM Network hanya RM1.15 tapi kalau pengeluaran dari lain-lain ATM Network RM10.00 mahal lagi.Satu lagi kelebihan CIMB punya ATM senang nak cari. Compare dengan debit card A-Rajhi yg aku sekarang pakai pengeluaran dari mana-mana ATM network RM4.00 nak cari dia punya sendiri ATM machine baper kerat jer.

Jadi semalam aku register lah..punya la susah aku try lebih 4-5 kali error .Bab password ni agak letih sikit.Memanglah untuk keselamatan tapi banyak songel.Aku asyik error kat sini sebab dia kata tak ikut dia punya requirement.
Last sekali aku berjaya jugak akhirnya.Jadi sekarang aku kena tunggu 7 hari bekerja untuk ambil di pejabat pos yang aku pilih.Diorang takan bagi ape-ape notis yg menyatakan kita punya kad tuh dah sampai dekat pejabat pos pilihan kita tuh. So pepandai la budget bila nak ambil jgn lebih dari 21 hari sudah.Nanti kad korang dia cancel.
Aku tak sabar nak tunggu kad ni sampai sebab nak test samada boleh verify untuk PayPal ke tak.Sesama la kita tunggu.

Hari ni aku nak citer sikit pasal Paypal iaitu medium penerimaan dan pengeluaran duit yg terkenal dikalangan pengiat bisnes internet.Sebenarnya dah lama join sejak 2005 lagi dibawah akaun premier.Masa memula mengiatkan diri dalam bidang bisnes internet ni.
Yang aku nak citer ni pasal dia punya conversion rate dari $ ke RM.Kalau sebelum2 ni bila aku buat pengeluaran dia tak bagi tau conversion rate dari $ ke RM. Yang kita tau hanya bila duit dah masuk akaun bank dalam RM jer.Itu pun dalam masa 3-4 hari.
Tapi hari ni bila aku buat pengeluaran sebanyak $205 tetiba bila aku tengok statement pengeluaran aku 710.71. Uikkk…
..aku jadi confuse aku rasa aku keluarkan tadi $205 jer…asal tertiba jadi 710.71?
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata ‘Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.’ Lalu sambil berkata,’Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini’, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Sumber : Email
Kalau ada sesiapa yg berminat untuk tracking monthly budget vs actual expenses korang leh la download kat bawah tuh. Fungsi Personal Monthly Budget Tracking adalah untuk membantu korang membuat analysis perbelanjaan bulanan korang.Nanti korang boleh nampak mana2 yg perlu dikurang atau yg nak ditambah.Maklumlah sekarang nie perbelanjaan semakin meningkat dengan kenaikan harga barangan harian jadi boleh la adjust-adjust mana yang patut.
Diharap Personal Monthly Budget Tracking dapat membantu korang untuk membuat budget bulanan disamping berbelanja secara berhemah.
